Analisis tawaran dagangan sebelumnya:
Pasangan mata wang EUR/USD - Carta 30 Minit
Pasangan mata wang EUR/USD tidak diniagakan sama sekali pada hari Khamis. Ketidaktentuan pasangan mata wang dan "pergerakan trend" pada siang hari jelas kelihatan pada carta 30 minit. Pasangan mata wang ini kekal sepanjang hari di satu tempat, dan volatiliti harian adalah 28 mata, yang mana ia adalah tidak realistik. Di satu pihak, memandangkan langsung ketiadaan laporan makroekonomi, tidak menghairankan bahawa pergerakan harga adalah lemah. Sebaliknya, semuanya mempunyai had dan 28 mata sehari - ini bahkan di bawah had terendah. Secara umumnya, tidak ada yang perlu diketengahkan dalam carta 30 minit. Harga gagal untuk mengatasi garis arah aliran menaik, malah ia juga tidak dapat melantun. Oleh itu, kita tidak dapat membuat kesimpulan pada masa ini sama ada trend menaik dapat dianggap tidak lagi relevan. Dan ini tersasar dari kenyataan pada minggu lalu, bahawa pasangan maat wang euro/dolar AS akan menghabiskan waktunya sekitar tahap 1.1828-1.1909. Maksudnya, hampir mendtar, tetapi selama ini trend kenaikan terus terpelihara. Secara umum, kerana volatiliti pasaran yang paling lemah, pedagang baru dapat melihat banyak situasi dan momen paradoks pada carta.
Pasangan mata wang EUR/USD - Carta 5 Minit
Tetapi gambaran yang lebih menarik dan paradoks diperhatikan dalam carta 5 minit. Pada carta ini, pasangan mata wang EUR/USD dilihat telah berdagang di antara tahap 1.1831 dan 1.1851 sepanjang hari, secara berganti-ganti mengatasinya dan membentuk isyarat di sekitar tahap tersebut. Akibatnya, sebanyak sembilan isyarat perdagangan terbentuk, yang kebanyakannya dapat diselesaikan, kerana isyarat itu sendiri sangat tepat. Pada awalnya, harga melonjak sebanyak dua kali dari tahap 1.1831, setelah itu ia naik ke tahap 1.1851, yang mana jatuh hanya 1 mata. Oleh itu, adalah perlu untuk membuka pesanan membeli dan menutupnya pada lantunan semula harga dari tahap 1.1851 dengan keuntungan sebanyak 7-8 mata. Setelah melantun dari tahap 1.1851, pesanan menjual seharusnya dibuka, dan harga hampir segera mencapai tahap 1.1831 dan melambung semula: mencatatkan sebanyak 8 mata keuntungan dan membuka pesanan membeli baru. Pada awal sesi dagangan Amerika, tahap 1.1851 dikawal semula dan harga melantun lagi. Oleh itu, pedagang perlu menetapkan keuntungan pada pesanan membeli (8-10 mata keuntungan sekali lagi) dan menjual kembali pasangan mata wang ini. Harga kemudian turun lagi ke tahap 1.1831, dan ia kemudiannya sekali lagi naik ke 1.1851 dan diikuti dengan lantunan tinggi, sekali lagi jatuh ke tahap 1.1831. Hasilnya, pedagang baru dapat berdagang antara dua tahap ini sepanjang hari dan secara keseluruhannya memperoleh lebih banyak keuntungan daripada volatiliti pasangan semalam. Terdapat juga hari-hari paradoks seperti itu.
Tips dagangan untuk hari Jumaat:
Pasangan mata wang EUR/USD dilihat masih kekal dalam trend menaik pada carta 30 minit. Namun, trend ini tidak lagi hanya lemah, semata-mata bersifat formal. Secara umumnya, pasangan mata wang EUR/USD mengekalkan volatiliti pasaran yang rendah dan ketiadaan pergerakan trend, yang mana ia amat menyukarkan proses perdagangan pada carta yang lebih besar. Oleh itu, secara rasmi, kita sekarang dapat mempertimbangkan isyarat kemasukan pesanan membeli dari indikator MACD, tetapi ini harus dilakukan dengan sangat berhati-hati. Malangnya, indikator ini jarang menghasilkan isyarat yang diperlukan. Pada carta 5 minit, para pedagang disarankan untuk berdagang dari tahap 1.1802, 1.1831, 1.1851, 1.1880, 1.1877. Take Profit, seperti sebelumnya, ditetapkan pada jarak 30-40 mata. Stop Loss - ke titik pulang modal apabila harga bergerak ke arah yang betul sebanyak 15-20 mata. Pada carta 5 minit, sasaran mungkin terletak pada tahap yang paling hampir jika tidak terlalu dekat atau terlalu jauh. Sekiranya begitu - maka anda harus bertindak mengikut keadaan. Pada hari Jumaat, Kesatuan Eropah langsung tidak akan menerbitkan laporan penting, tetapi AS dijadualkan akan mengeluarkan laporan Gaji Bukan Perladangan, yang sangat penting bagi dolar AS. Juga, data mengenai pengangguran dan gaji di Amerika Syarikat akan diketahui. Semua data ini boleh menghasilkan reaksi pasaran yang kuat.
Pada carta:
Tahap Sokongan dan Rintangan adalah Tahap yang berfungsi sebagai sasaran ketika membuka pesanan membeli atau menjual pasangan mata wang. Anda boleh meletakkan pesanan Take Profit hampir ke tahap ini. Garis merah adalah saluran atau garis arah yang menunjukkan arah aliran semasa dan menunjukkan ke arah mana lebih baik untuk berdagang sekarang.
Anak panah atas/bawah menunjukkan di mana anda harus membuka pesanan menjual atau membeli setelah mencapai atau menembusi tahap tertentu. Petunjuk MACD (14,22,3) terdiri daripada histogram dan garis isyarat. Apabila ditembusi, ini adalah isyarat untuk anda memasuki pasaran. Sebaiknya gunakan petunjuk ini dalam kombinasi dengan garis aliran (saluran dan garis aliran).
Pengumuman penting dan laporan ekonomi utama yang selalu anda dapati dalam kalendar berita boleh mempengaruhi arah pergerakan pasangan mata wang dengan serius. Oleh itu, sewaktu pengumuman laporan, kami mengesyorkan kepada para pedagang untuk berdagang dengan lebih berhati-hati atau keluar dari pasaran untuk mengelakkan pembalikan harga yang ketara.
Pedagang baru dalam pasaran Forex harus ingat bahawa tidak semua dagangan adalah menguntungkan. Pembangunan strategi yang jelas dan pengurusan wang yang baik adalah kunci kepada kejayaan dagangan dalam jangka masa panjang.