logo

FX.co ★ Ramalan Dagangan Pasangan Mata Wang USD/JPY pada 5 Ogos, 2021

Ramalan Dagangan Pasangan Mata Wang USD/JPY pada 5 Ogos, 2021

Pasangan mata wang USD/JPY

Semalam, pasangan mata wang USD/JPY melonjak sebanyak 44 mata, menembusi tahap rintangan 109.20 dan kini menghampiri tahap sasaran 109.80 (tahap tinggi pada 13 Mei). Namun mengingat kembali peristiwa semalam, mengenai laporan pekerjaan sektor swasta yang mencatatkan bacaan lemah, pertumbuhan selanjutnya untuk mata wang dolar AS berkemungkinan akan terhad. Perubahan Pekerjaan Bukan Perladangan ADP pada bulan Julai hanya mencatatkan 330,000 pekerjaan baru berbanding ramalan yang mengunjurkan 695,000.

Ramalan Dagangan Pasangan Mata Wang USD/JPY pada 5 Ogos, 2021

Menurut carta harian, Marlin Oscillator masih berada di kawasan negatif, pertumbuhan tempatan berlaku tanpa penumpuan, iaitu, tanpa corak teknikal pembalikan, harga berada di bawah keseimbangan dan garis indikator MACD. Sekiranya harga menetap di atas tahap 109.80, pertumbuhan harga cenderung untuk dilanjutkan ke garis MACD menuju ke tahap 110.40. Semnetara pertumbuhan jangka sederhana hanya mungkin akan berlaku jika pasangan mata wang ini menetap di atas garis ini.

Ramalan Dagangan Pasangan Mata Wang USD/JPY pada 5 Ogos, 2021

Pada carta empat jam, harga naik di atas garis indikator keseimbangan dan MACD, dan Marlin Oscillator memasuki ke zon pertumbuhan. Kebarangkalian untuk pasangan mata wang ini mencapai tahap sasaran 110.40 adalah 60%.

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan