logo

FX.co ★ Ramalan Dagangan Pasangan Mata Wang EUR/USD pada 4 Ogos, 2021

Ramalan Dagangan Pasangan Mata Wang EUR/USD pada 4 Ogos, 2021

Pasangan Mata Wang EUR/USD

Keadaan mata wang euro tidak berubah sejak semalam, gambaran teknikal kekal dalam semua perinciannya. Berdasarkan kepada carta harian, harga kini dilihat berada di bawah garis indikator keseimbangan dan sedikit di atas tahap sasaran 1.1847.

Ramalan Dagangan Pasangan Mata Wang EUR/USD pada 4 Ogos, 2021

Marlin Oscillator bergerak mendatar dalam arah aliran menaik. Pengukuhan harga di bawah tahap 1.1847 akan meletakkan euro kembali ke landasan untuk penurunan harga jangka sederhana. Untuk kesinambungan pertumbuhan harga, pasangan mata wang EUR/USD ini perlu berakhir di atas garis MACD dan tahap sasaran 1.1925. Peserta pasaran sedang menunggu laporan pekerjaan dari Amerika Syarikat (AS) yang dijadualkan akan dikeluarkan pada hari Jumaat.

Ramalan Dagangan Pasangan Mata Wang EUR/USD pada 4 Ogos, 2021

Pasangan mata wang EUR/USD kini dilihat berada di atas kedua-dua garis indikator pada carta 4 Jam, Marlin Oscillator berada di zon penurunan, dan keadaan keseluruhan bagi pasangan mata wang ini adalah neutral. Untuk kesinambungan penurunan harga, harga mesti berada di bawah garis MACD (1.1837), atau di bawah tahap 1.1847.

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan