logo

FX.co ★ EUR/USD: Pelan perdagangan sesi AS pada 7 Julai (analisis tawaran dagangan pagi). Euro jatuh di bawah tahap 1.1853

EUR/USD: Pelan perdagangan sesi AS pada 7 Julai (analisis tawaran dagangan pagi). Euro jatuh di bawah tahap 1.1853

Untuk membuka pesanan pembelian pasangan mata wang EUR/USD, anda memerlukan:

Dalam ramalan pagi saya, saya memberikan perhatian pada tahap sokongan 1.1853 dan data yang dikeluarkan pada separuh pertama hari ini. Inflasi di Jerman tidak memenuhi harapan para pedagang dan bertepatan sepenuhnya dengan ramalan ahli ekonomi, yang menyebabkan terbentuknya tekanan ke atas euro. Mari kita lihat carta 5 minit dan bincangkan apa yang telah berlaku. Ini dapat dilihat bagaimana penurunan harga menolak tahap sokongan 1.1853, tetapi belum mencapai ujian pembalikan harga pada tahap ini dari bawah ke atas. Oleh itu, tidak ada isyarat untuk memasuki pasaran pada separuh pertama hari ini.

EUR/USD: Pelan perdagangan sesi AS pada 7 Julai (analisis tawaran dagangan pagi). Euro jatuh di bawah tahap 1.1853

Sesi Amerika Syarikat (AS) menjanjikan dagangan yang cukup menarik, kerana laporan mengenai indeks harga pengguna AS dijadualkan akan diterbitkan, yang cenderung untuk meningkatkan tekanan ke atas euro dan menyebabkan kenaikan ketara. Segala-galanya akan bergantung pada sama ada jangkaan ahli ekonomi berbeza dengan data sebenar. Aliran menaik perlu melindungi tahap sokongan 1.1826 pada separuh kedua hari ini. Pembentukan penembusan harga alsu akan membentuk titik kemasukan yang baik untuk kesinambungan trend kenaikan harga, yang akan memungkinkan kita untuk mendapatkan kembali kawalan pada tahap 1.1853, yang dilewatkan oleh pembeli semasa sesi dagangan Eropah. Memperbetulkan dan menguji tahap ini dari atas ke bawah setelah data inflasi AS membentuk titik kemauskan ke pesanan membeli untuk mengembalikan euro ke tahap maksimum minggu ini pada 1.1878, di mana saya mengesyorkan anda untuk menetapkan keuntungan. Hanya penembusan harga pada tahap ini akan mendorong kepada kesinambungan semula trend kenaikan harga dan kemas kini tahap 1.1904. Sekiranya tekanan pada euro berterusan pada separuh hari kedua, dan kenaikan harga tidak muncul di kawasan sokongan 1.1826, maka adalah lebih baik untuk menangguhkan rancangan membuka pesanan membeli sehingga pasangan mata wang EUR/USD mengemas kini tahap minimum 1.1793 yang lebih tinggi, di mana anda boleh membeli pasangan mata wang ini dengan segera untuk lantunan semula harga, dengan mengandaikan pergerakan menaik sebanyak 15-20 mata dalam sehari. Sokongan utama seterusnya dilihat di kawasan 1.1769.

Untuk membuka pesanan penjualan pasangan mata wang EUR/USD, anda memerlukan:

Aliran menurun masih berusaha untuk kembali mendominasi pasaran dan sangat bergantung kepada penembusan harga pada tahap sokongan 1.1826 pada separuh hari kedua setelah data ekonomi AS dikeluarkan. Hanya bacaan sebenar yang melebihi kadar pertumbuhan inflasi di AS akan membawa kepada penyatuan harga di bawah tahap 1.1826, dan ujian harga pada tahap ini dari bawah ke atas akan membentuk isyarat yang baik untuk para pedagang membuka pesanan menjual dalam kesinambungan pasaran penurunan harga untuk menolak pasangan ke tahap minimum 1.1793. Kemaskini harga yang akan membentuk trend penurunan baru di euro dan akan membuka kemungkinan penurunan harga ke tahap rendah tempatan 1.1769 dan 1.1740, di mana saya mengesyorkan anda untuk menetapkan keuntungan. Sekiranya pasangan mata wang EUR/USD meningkat semasa sesi dagangan AS selepas pengeluaran laporan asas mengenai ekonomi AS, tugas yang sama penting bagi aliran menurun adalah untuk melindungi rintangan yang terletak pada tahap 1.1853, di atas moving average (MA) yang telah ditembusi, memihak kepada penjual. Pembentukan penembusan harga palsu membentuk titik permulaan untuk pesanan menjual dalam kesinambungan pasaran penurunan harga. Sekiranya tidak ada aktiviti penjual, maka langkah yang terbaik adalah menangguhkan penjualan sehingga pasangan mata wang ini menguji tahap rintangan yang lebih tinggi pada 1.1878, yang bertepatan dengan tahap maksimum minggu ini. Anda boleh segera menjual pasangan mata wang ini untuk lantunan semula harga berdasarkan pembetulan penurunan sebanyak 15-20 mata.

EUR/USD: Pelan perdagangan sesi AS pada 7 Julai (analisis tawaran dagangan pagi). Euro jatuh di bawah tahap 1.1853

Saya ingin mengingatkan anda bahawa dalam laporan COT (Komitmen Pedagang) pada 6 Julai, disebabkan oleh pertumbuhan ketara dalam pesanan menjual, adalah mungkin untuk melihat penurunan dalam kedudukan bersih positif keseluruhan. Keseimbangan kekuatan ini tidak memperhitungkan pertumbuhan pasangan mata wang EUR/USD ini, yang diperhatikan pada akhir minggu lalu setelah Bank Pusat Eropah menaikkan sasaran inflasi kepada 2.0% dan mengakui bahawa ia akan membiarkan melebihi sasaran untuk beberapa waktu di masa depan. Ini ternyata cukup bagi pembeli euro untuk mula membuka pesanan membeli. Sekarang, tumpuan akan diberikan kepada pertemuan pengawal selia Eropah, yang akan diadakan pada 22 Julai, dan di mana perubahan dalam dasar kewangan akan diumumkan. Sehingga itu, penurunan dalam mata wang Eropah akan dianggap sebagai alasan yang baik untuk meningkatkan pesanan membeli. Laporan COT menunjukkan bahawa pesanan membeli bukan komersial meningkat dari 209,058 kepada 212,998, sementara kedudukan menjual bukan komersial pula meningkat dari 121,912 kepada 135,808. Minggu ini, tidak ada laporan statistik penting mengenai zon eropah, maka tumpuan peserta pasaran akan beralih kepada laporan inflasi di Amerika Syarikat, dan penjualan runcit. Arah pasaran yang selanjutnya akan bergantung pada petunjuk ini. Tetapi apa pun yang ada, kunci pertumbuhan mata wang Eropah adalah pemulihan ekonomi pada musim panas, jadi saya mengesyorkan anda untuk bertaruh pada pertumbuhan aset berisiko. Jumlah kedudukan bersih bukan komersial menurun dari 87,146 kepada 77,190. Harga penutupan mingguan turun dari 1.1928 kepada 1.1862.

Isyarat Indikator:

Moving averages

Pasangan mata wang EUR/USD kini berdagang di bawah kawasan Moving Averages (MA) 30 dan 50, yang menunjukkan percubaan penurunan harga untuk kembali mendominasi pasaran.

Nota: Tempoh dan harga MA dipertimbangkan oleh penulis pada carta 1 Jam, H1 dan ia berbeza dengan definisi umum 'Classic Daily Moving Averages' pada carta Harian, D1.

Bollinger Bands

Untuk kenaikan harga, sempadan atas indikator di kawasan 1.1878 akan bertindak sebagai tahap rintangan.

Huraian Indikator:

  • Moving Average (MA menentukan arah aliran semasa dengan melancarkan volatiliti dan noise). Tempoh 50. Grafik ditandakan dengan garis kuning.
  • Moving Average (MA menentukan arah aliran semasa dengan melancarkan volatiliti dan noise). Tempoh 30. Grafik ditandakan dengan garis hijau gelap.
  • Indikator MACD (Moving Average Penumpuan / Perbezaan - Moving Average Penumpuan / Perbezaan) Tempoh Pantas EMA 12. Tempoh Perlahan EMA 26. Tempoh SMA 9
  • Bollinger Bands (Bollinger Bands). Tempoh 20
  • Pedagang bukan komersial adalah spekulator, seperti pedagang individu, dana lindung nilai dan institusi besar yang menggunakan pasaran niaga hadapan untuk tujuan spekulasi dan memenuhi syarat tertentu.
  • Kedudukan membeli (beli) bukan komersial mewakili jumlah pesanan membeli yang terbuka bagi pedagang bukan komersial.
  • Kedudukan menjual (jual) bukan komersial mewakili jumlah pesanan menjual yang terbuka bagi pedagang bukan komersial.
  • Keseluruhan kedudukan bersih bukan komersial adalah perbezaan antara pesanan menjual dan membeli pedagang bukan komersial.
*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan