Pasangan Mata Wang EUR/USD – Carta 1 Jam.
Pasangan mata wang EUR/USD telah membuat pembalikan yang menyokong mata wang Eropah pada hari Isnin dan melonjak ke tahap pembetulan 61.8% (1.1919). Walau bagaimanapun, pedagang gagal menutup lebih tinggi, oleh yang demikian, pasangan mata wang ini telah melantun semula dari tahap ini dan telah memulakan penurunan baru ke arah tahap Fibo 76.4% (1.1837). Walaupun begitu, menetapkan kadar pasangan mata wang di atas tahap pembetulan 61.8% akan membolehkan pedagang mengharapkan kesinambungan semula pertumbuhan harga ke arah tahap pembetulan seterusnya 50.0% (1.1985). Latar belakang maklumat pada hari Isnin adalah sangat lemah. Satu-satunya peristiwa pada hari semalam - ucapan Presiden ECB Christine Lagarde yang tidak memberi kesan kepada pedagang, kerana dia hanya mengulangi semua ucapan yang telah dia katakan berkali-kali. Secara khususnya, Lagarde mengulangi bahawa prospek ekonomi Eropah kini bertambah baik. Walau bagaimanapun, tidak perlu membincangkan kadar pemulihan yang tinggi sekarang. Sebelumnya, Christine Lagarde dan Ketua Ekonomi ECB, Philip Lane mengatakan bahawa tidak ada persoalan mengenai penghentian awal program PEPP pada masa ini. Oleh itu, Presiden ECB sekali lagi menjelaskan bahawa pengawal selia tidak akan mempertimbangkan untuk menghentikan program rangsangan dalam waktu terdekat. Oleh itu, euro kehilangan sokongan maklumat pada hari Isnin, tetapi masih sedikit pulih. Walau bagaimanapun, pertumbuhan ini adalah teknikal. Selepas harga pasangan jatuh sebanyak 285 mata, pembetulan harga diperlukan. Hari ini, mata wang Eropah tidak mungkin mendapat sokongan dari latar belakang maklumat di sebelah siang, kerana Philip Lane dijadualkan akan berucap lagi pada hari ini. Namun di sebelah petang, sokongan dari Jerome Powell adalah mungkin. Saya ingin mengingatkan anda bahawa selepas pertemuan Fed dan ucapan Powell pada Rabu lalu, kejatuhan ketara pada pasangan mata wang euro/dolar AS telah bermula.
Pasangan Mata Wang EUR/USD – Carta 4 Jam.
Pada carta 4 Jam, harga pasangan mata wang ini ditutup di bawah koridor aliran menurun. Walau bagaimanapun, ini tidak mengubah intipati gambaran grafik. Sebut harga menunjukkan penurunan menghampiri ke tahap 1.1836, tetapi tidak ada lantunan semula harga dari sana. Penyatuan kadar pasangan mata wang di bawah tahap 1.1836 akan membolehkan kita menjangkakan kejatuhan harga yang selanjutnya ke arah tahap Fibo seterusnya iaitu 127.2% (1.1729).
Pasangan Mata Wang EUR/USD – Carta Harian.
Merujuk kepada carta harian, harga pada pasangan mata wang EUR/USD dilihat telah melakukan pembalikan harga yang memihak kepada mata wang AS dan mengukuh di bawah tahap pembetulan 161.8% (1.2027). Oleh itu, kejatuhan harga cenderung untuk diteruskan ke arah tahap Fibo 127.2% (1.1729).
Pasangan Mata Wang EUR/USD – Carta Mingguan.
Menurut carta mingguan, pasangan mata wang EUR/USD telah membuat penyatuan harga di atas "segitiga penyempitan", yang mengekalkan prospek pertumbuhan pasangan mata wang ini dalam jangka panjang.
Tinjauan Fundamental:
Pada 21 Jun, Christine Lagarde telah menyampaikan ucapan di Kesatuan Eropah, tetapi tidak ada yang menarik atau penting yang diperkatakan untuk para pedagang. Latar belakang maklumat hampir tidak ada semalam.
Kalendar berita untuk Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah:
Ahli Lembaga Eksekutif EU - ECB Philip Lane akan menyampaikan ucapan (14:00 UTC).
AS - Pengerusi Lembaga Gabenor Rizab Persekutuan, Jerome Powell akan menyampaikan ucapan (18:00 UTC).
Pada 22 Jun, akan ada kenyataan baru dari Jerome Powell dan Philip Lane, oleh itu, latar belakang maklumat hari ini mungkin sederhana kuat.
Laporan COT (Komitmen Pedagang):
Laporan COT terbaru, yang dikeluarkan lewat, menunjukkan bahawa spekulator secara aktif menutup kontrak pembelian dan penjualan selama minggu pelaporan. Sebanyak 20,645 kontrak pembelian dan 32,360 kontrak penjualan telah ditutup. Oleh itu, mood pedagang kategori "Bukan komersial" kembali menjadi "bullish", yang tidak sesuai dengan apa yang berlaku sekarang untuk pasangan euro/dolar AS. Walau bagaimanapun, saya ingin menarik perhatian anda kepada kenyataan bahawa penurunan kuat harga euro berlaku pada hari-hari yang tidak diambil kira dalam laporan terakhir, jadi untuk memahami mood pemain utama, anda perlu menunggu laporan seterusnya yang akan dikeluarkan.
Ramalan dan cadangan dagangan untuk pasangan mata wang EUR/USD:
Adalah disyorkan kepada para pedagang untuk membuka pesanan menjual pasangan mata wang EUR/USD sekiranya berlaku kenaikan harga baru dari tahap 61.8% (1.1919) dalam carta 1 jam dengan sasaran masing-masing terletak pada tahap 1.1837 dan 1.1772. Saya mengesyorkan kepada para pedagang untuk membuka pesanan membeli pasangan mata wang ini sekiranya harga ditutup di atas tahap 1.1919 pada carta 1 Jam dengan sasaran masing-masing berada pada tahap 1.1985 dan 1.2051.
Istilah:
"Bukan komersial" - pelaku pasaran utama: bank, dana lindung nilai, dana pelaburan, swasta, pelabur besar.
"Komersial" - perusahaan komersial, firma, bank, korporasi, syarikat yang membeli mata wang asing, bukan untuk keuntungan spekulatif, tetapi untuk mendukung kegiatan semasa atau operasi eksport-import.
"Kedudukan yang tidak boleh dilaporkan" - pedagang kecil yang tidak mempunyai kesan yang signifikan terhadap harga.