logo

FX.co ★ Analisis dan cadangan perdagangan pasangan mata wang EUR/USD dan GBP/USD pada 24 Mei, 2021

Analisis dan cadangan perdagangan pasangan mata wang EUR/USD dan GBP/USD pada 24 Mei, 2021

Analisis urusniaga pasangan mata wang EUR/USD:

Tiga isyarat muncul di pasaran pada Jumaat lalu, tetapi hanya dua daripadanya yang berjaya. Ini kerana isyarat menjual pertama muncul ketika garis MACD berada di kawasan terlebih jualan (oversold), dengan ketara membataskan potensi penurunan euro. Namun di sebelah petang, garis MACD akhirnya turun dari sifar, menyebabkan mata wang ini turun sekitar 40 pips. Kemudian, isyarat membeli muncul sekaligus mendorong pertumbuhan euro sekitar 20 pips.Analisis dan cadangan perdagangan pasangan mata wang EUR/USD dan GBP/USD pada 24 Mei, 2021

Cadangan perdagangan untuk 24 Mei

Euro jatuh dengan mendadak pada Jumaat lalu ekoran kenyataan yang dikeluarkan oleh Bank Pusat Eropah. Sementara pada hari ini, pasaran diramalkan akan didorong oleh kenyataan dari Rizab Persekutuan, yang dijadualkan akan dikeluarkan pada petang ini.

Untuk pesanan membeli:

Adalah disyorkan kepada para pedagang untuk membuka pesanan pembelian apabila euro mencapai tahap 1.2240. Euro berpotensi untuk melonjak naik di sebelah petang, tetapi tidak mungkin bergerak melampaui saluran mendatar. Perlu diingatkan bahawa sebelum membuka pesanan membeli, sila pastikan garis MACD berada di atas sifar dan mula naik daripadanya

Untuk pesanan menjual:

Adalah disyorkan kepada para pedagang untuk membuka pesanan penjualan apabila euro mencapai tahap 1.2169 (garis merah pada carta), dan kemudian menetapkan pesanan Take Profit pada tahap 1.2126. Euro akan melemah jika pedagang aliran menurun berjaya mendorong harga untuk berdagang di bawah tahap 1.2169. Tetapi sebelum anda membuka pesanan menjual, pastikan garis MACD berada di bawah sifar, sila pastikan garis MACD berada di bawah sifar dan mula turun daripadanyaAnalisis dan cadangan perdagangan pasangan mata wang EUR/USD dan GBP/USD pada 24 Mei, 2021

Apa yang terdapat pada carta:

Garis halus hijau adalah tahap utama di mana anda boleh meletakkan pesanan beli (membeli) untuk pasangan mata wang EUR/USD.

Garis tebal hijau adalah harga sasaran, kerana sebut harga tidak mungkin bergerak di atas tahap ini.

Garis halus merah adalah tahap di mana anda boleh meletakkan pesanan jual(menjual) untuk pasangan mata wang EUR/USD.

Garis tebal merah adalah harga sasaran, kerana sebut harga tidak mungkin bergerak di bawah tahap ini.

Garis MACD - apabila memasuki pasaran, adalah penting untuk membuat keputusan berdasarkan kepada zon overbought dan oversold.

Penting: Pedagang baru dinasihatkan agar lebih berhati-hati ketika membuat keputusan memasuki pasaran. Sebelum pengumuman laporan penting, senario yang terbaik adalah tetap berada di luar pasaran untuk mengelakkan terperangkap dalam turun naik kadar yang ketara. Sekiranya anda memutuskan untuk berdagang semasa siaran berita, maka perlu menetapkan Stop Order untuk mengurangkan kerugian. Sekiranya tidak berbuat sedemikian, anda mungkin akan kehilangan keseluruhan deposit anda dengan sekelip mata, terutamanya jika anda tidak menggunakan strategi pengurusan wang dan berdagangan dalam jumlah yang besar.

Juga perlu diingatkan bahawa untuk dagangan yang berjaya, anda perlu mempunyai rancangan dagangan yang jelas. Keputusan dagangan spontan berdasarkan situasi pasaran semasa adalah strategi kerugian yang sememangnya tidak asing bagi pedagang urus niaga harian.

Analisis urusniaga pasangan mata wang GBP/USD:

Tiga isyarat muncul di pasaran pada Jumaat lalu, tetapi hanya satu daripadanya yang berjaya. Ini kerana isyarat membeli pertama muncul ketika garis MACD berada di kawasan terlebih belian (overbought), dengan ketara membataskan potensi kenaikan pound. Tetapi di sebelah petang, garis MACD akhirnya naik dari sifar, membolehkan mata wang ini naik sekitar 30 pips. Isyarat mejual yang diikuti juga harus diabaikan kerana ia muncul ketika garis MACD berada di kawasan yang terlebih jualan (oversold).

Analisis dan cadangan perdagangan pasangan mata wang EUR/USD dan GBP/USD pada 24 Mei, 2021

Cadangan dagangan untuk 24 Mei

Data UK yang kukuh mendorong pertumbuhan pound pada Jumaat lalu. Walau bagaimanapun, sebelum dagangan berakhir, kebanyakan pedagang telah menutup kedudukan mereka, yang menghalang mata wang daripada mencapai rekod tahap tinggi.

Hari ini, sila ikuti kenyataan dari Bank of England, kerana laporan tersebut akan mempengaruhi pasaran dengan ketara. Sekiranya Andrew Bailey menyatakan bahawa bank pusat akan mengekalkan dasar kewangan semasa, maka tekanan akan meningkat pada pasangan mata wang GBP/USD.

Untuk pesanan membeli:

Adalah disyorkan kepada para pedagang untuk membuka pesanan pembelian pound apabila sebut harga mencapai tahap 1.4230 (garis hijau lebih tebal pada carta). Pound akan diniagakan menaik sekiranya Bank of England mengeluarkan kenyataan yang tidak dijangka. Tetapi sebelum membuka pesanan membeli, pastikan garis MACD berada di atas sifar, sila pastikan garis MACD berada di atas sifar dan mula naik daripadanya.

Untuk pesanan menjual:

Adalah disyorkan kepada para pedagang untuk membuka pesanan penjualan pound apabila sebut harga mencapai tahap 1.4135 (garis merah pada carta), dan kemudian menetapkan pesanan Take Profit pada tahap 1.4082. Pound akan melemah jika Bank of England menyatakan bahawa ia akan mengekalkan dasar kewangan semasa. Tetapi sebelum anda membuka pesanan menjual, sila pastikan garis MACD berada di bawah sifar, atau mula bergerak turun darinya.

Analisis dan cadangan perdagangan pasangan mata wang EUR/USD dan GBP/USD pada 24 Mei, 2021

Apa yang terdapat pada carta:

Garis halus hijau adalah tahap utama di mana anda boleh meletakkan pesanan beli (membeli) untuk pasangan mata wang GBP/USD.

Garis tebal hijau adalah harga sasaran, kerana sebut harga tidak mungkin bergerak di atas tahap ini.

Garis halus merah adalah tahap di mana anda boleh meletakkan pesanan jual(menjual) untuk pasangan mata wang GBP/USD.

Garis tebal merah adalah harga sasaran, kerana sebut harga tidak mungkin bergerak di bawah tahap ini.

Garis MACD - apabila memasuki pasaran, adalah penting untuk membuat keputusan berdasarkan kepada zon overbought dan oversold.

Penting: Pedagang baru dinasihatkan agar lebih berhati-hati ketika membuat keputusan memasuki pasaran. Sebelum pengumuman laporan penting, senario yang terbaik adalah tetap berada di luar pasaran untuk mengelakkan terperangkap dalam turun naik kadar yang ketara. Sekiranya anda memutuskan untuk berdagang semasa siaran berita, maka perlu menetapkan Stop Order untuk mengurangkan kerugian. Sekiranya tidak berbuat sedemikian, anda mungkin akan kehilangan keseluruhan deposit anda dengan sekelip mata, terutamanya jika anda tidak menggunakan strategi pengurusan wang dan berdagangan dalam jumlah yang besar.

Juga perlu diingatkan bahawa untuk dagangan yang berjaya, anda perlu mempunyai rancangan dagangan yang jelas. Keputusan dagangan spontan berdasarkan situasi pasaran semasa adalah strategi kerugian yang sememangnya tidak asing bagi pedagang urus niaga harian.

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan