logo

FX.co ★ Analisis dan ramalan gelombang ringkas pasangan mata wang EUR/USD, AUD/USD, GBP/JPY, USD/CAD pada 21 Mei, 2021

Analisis dan ramalan gelombang ringkas pasangan mata wang EUR/USD, AUD/USD, GBP/JPY, USD/CAD pada 21 Mei, 2021

Pasangan mata wang EUR/USD

Analisis:

Momentum menaik telah menetapkan arah aliran mata wang Eropah selama lebih dari satu tahun, dan bahagian terakhirnya dihitung dari 31 Mac. Sebut harga telah mencapai sempadan zon pembalikan berpotensi kuat. Struktur gelombang semasa tidak lengkap.

Ramalan:

Pada separuh pertama hari ini, mood pergerakan harga yang stabil dijangkakan pada hari ini. Penurunan jangka pendek ke zon sokongan diramalkan akan berlaku. Pada penghujung hari ini atau esok, anda boleh bergantung kepada pengaktifan instrumen dengan kenaikan harga yang berulang di kawasan zon rintangan.

Zon pembalikan harga yang berpotensi

Rintangan:

- 1.2270/1.2300

Sokongan:

- 1.2200/1.2170

Cadangan:

Tidak ada syarat untuk membuka pesanan menjual euro pada hari ini. Para pedagang disarankan untuk tidak berdagang semasa penarikan semula harga dan sila pantau isyarat kemasukan pesanan membeli di kawasan zon sokongan.

Analisis dan ramalan gelombang ringkas pasangan mata wang EUR/USD, AUD/USD, GBP/JPY, USD/CAD pada 21 Mei, 2021

Pasangan mata wang AUD/USD

Analisis:

Merujuk kepada carta dolar Australia dalam struktur momentum kenaikan yang dominan, fasa pembetulan harga telah berakhir. Bahagian baru pada trend utama dihitung mulai 13 Mei. Bahagian pembetulan (B) telah terbentuk di koridor harga mendatar selama seminggu terakhir.

Ramalan:

Terdapat kebarangkalian yang tinggi untuk pergerakan mendatar dengan vektor penurunan dalam sesi dagangan akan datang. Di kawasan sokongan yang diperkirakan, aliran harga mendatar dijangka akan berakhir, membentuk pembalikan dan permulaan untuk pertumbuhan kadar pasangan mata wang AUD/USD.

Zon pembalikan harga yang berpotensi

Rintangan:

- 0.7770/0.7800

Sokongan:

- 0.7710/0.7680

Cadangan:

Penjualan hari ini mempunyai risiko yang tinggi dan tidak menguntungkan. Anda disarankan untuk tidak berdagang sehingga isyarat yang jelas untuk pembelian instrumen muncul di kawasan zon sokongan.

Analisis dan ramalan gelombang ringkas pasangan mata wang EUR/USD, AUD/USD, GBP/JPY, USD/CAD pada 21 Mei, 2021

Pasangan mata wang GBP/JPY

Analisis:

Aliran menaik mendominasi carta harian carta pasangan mata wang pound/yen. Bahagian terakhir yang belum selesai bermula pada 23 April. Dalam struktur gelombang dari 10 Mei, harga dilihat membentuk pembetulan. Ia mempunyai kemunculan 'Shifting plane' dan kelihatan sudah lengkap. Bahagian menaik dari 19 Mei berpotensi untuk membuat pembalikan.

Ramalan:

Pasangan mata wang GBP/JPY ini diramalkan aklan berdagang dalam 'Lateral plane' pada sebahagian besar hari ini, antara zon-zon terdekat. Harga berkemungkinan akan kembali berdagang ke zon sokongan. Pengaktifan dan pertumbuhan kadar pertukaran seterusnya mungkin akan berlaku pada penghujung hari ini atau awal minggu dagangan berikutnya.

Zon pembalikan harga yang berpotensi

Rintangan:

- 154.50/154.80

Sokongan:

- 153.80/153.50

Cadangan:

Berdagang dalam pasaran pasangan mata wang GBP/JPY pada hari ini adalah selamat hanya dalam rangka sesi dagangan individu. Semasa membuka pesanan menjual, anda harus mengurangkan saiz lot banyak sebanyak mungkin, menutup tawaran pada isyarat pertama perubahan kadar pertukaran. Selepas munculnya isyarat pembalikan harga yang jelas, anda harus mengutamakan pembelian.

Analisis dan ramalan gelombang ringkas pasangan mata wang EUR/USD, AUD/USD, GBP/JPY, USD/CAD pada 21 Mei, 2021

Pasangan mata wang USD/CAD

Analisis:

Trend mengukuhkan kedudukan mata wang Kanada dalam pasangan utama, yang telah menguasai sejak Mac tahun lalu, berterusan. Harga telah mencapai sempadan zon sokongan perantaraan, di mana pasangan mata wang ini cenderung untuk membentuk kawasan pembetulan yang lain. Had atas zon sasaran awal adalah sekitar empat angka harga di bawah nilai semasa.

Ramalan:

Pada keesokan hari, harga pasangan mata wang ini dijangka akan bergerak dalam 'Lateral plane'. Pertumbuhan harga jangka pendek diramalkan, namun ia tidak melebihi zon rintangan. Menjelang penghujung hari, kebarangkalian pengaktifan dan kenaikan harga meningkat.

Zon pembalikan harga yang berpotensi

Rintangan:

- 1.2130/1.2160

Sokongan:

- 1.2060/1.2030

Cadangan:

Pembelian dolar Kanada adalah bertentangan dengan aliran utama dan ia tidak digalakkan. Para pedagang dinasihatkan agar menumpukan perhatian untuk mencari isyarat kemasukan pesanan menjual pasangan mata wang USD/CAD.

Analisis dan ramalan gelombang ringkas pasangan mata wang EUR/USD, AUD/USD, GBP/JPY, USD/CAD pada 21 Mei, 2021

Penjelasan: Dalam analisis gelombang yang dipermudahkan (UVA), gelombang terdiri daripada 3 bahagian (A-B-C). Gelombang tidak lengkap terakhir dianalisis. Latar belakang anak panah yang padat menunjukkan struktur yang terbentuk, dan garis putus-putus menunjukkan pergerakan yang diramalkan.

Perhatian: Algoritma gelombang tidak mengambil kira jangka masa pergerakan instrumen dalam masa!

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan