logo

FX.co ★ Ulasan pagi pasaran saham untuk 19 April, 2021.

Ulasan pagi pasaran saham untuk 19 April, 2021.

Ulasan pagi pasaran saham untuk 19 April, 2021.

S&P 500, carta harian.

Indeks S&P 500 jauh di atas Moving Average (MA) 50 hari. Carta menunjukkan bahawa harga turun ke MA ini secara berkala.

Minggu ini, Majlis Pemerintahan ECB akan mengadakan mesyuarat. Peserta pasaran berharap pengawal selia akan mengekalkan dasar kewangannya yang sangat longgar.

Ulasan pagi pasaran saham untuk 19 April, 2021.

Situasi COVID-19 di seluruh dunia: Pada 14 April, terdapat 840K kes jangkitan baru direkodkan. Angka yang sama dicatatkan pada 9 Januari semasa gelombang kedua wabak ini. India merekodkan kadar jangkitan harian tertinggi sebanyak 260K kes berbanding negara lain di seluruh dunia. Tidak termasuk data India, kadar jangkitan global semasa sekitar 30% lebih rendah berbanding pada bulan Januari.

Indeks saham utama AS ditutup 0.3-0.5% pada minggu lalu. Pasaran saham China naik 2%, sementara saham Jepun meningkat 0.2%.

BRENT turun 0.3% kepada $66.50 setong. Penanda aras diramalkan akan diniagakan dalam lingkungan 65.00-69.00. Harga meningkat minggu lalu di tengah-tengah kenaikan pasaran saham dan pemulihan ekonomi AS. Sekiranya, pasaran saham membuat pembetulan, harga berkemungkinan besar akan jatuh kerana gelombang COVID-19 ketiga dan risiko yang timbul terhadap ekonomi dunia.

WTI susut 0.3% kepada $63.00 setong semasa awal perdagangan. Penanda aras diramalkan akan diniagakan sekitar julat 62.00 - 66.00. Harga kini meningkat. Namun, trend kenaikan hagra di pasaran minyak tidak begitu kuat seperti di pasaran saham AS. Harga mencecah paras tinggi pada 8 Mac. Ini bererti bahawa trend menaik melambatkan kadarnya dan tahap 67.50 dan 71.50 akan memberikan rintangan yang besar kepada WTI dan Brent.

Kesimpulan: Pasaran menjangkakan keputusan ECB mengenai dasar kewangan pada hari Khamis dan data makroekonomi baru dari Amerika Syarikat. Perhatian peserta pasaran juga tertumpu pada situasi COVID-19 di Eropah. Pembetulan harga yang kuat di pasaran saham AS adalah amat cenderung untuk berlaku.

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan