logo

FX.co ★ Analisis dan cadangan dagangan untuk pasangan mata wang EUR/USD dan GBP/USD pada 22 Mac, 2021

Analisis dan cadangan dagangan untuk pasangan mata wang EUR/USD dan GBP/USD pada 22 Mac, 2021

Analisis urusniaga pasangan mata wang EUR/USD

Dua isyarat jual muncul di pasaran pada Jumaat lalu. Namun, isyarat yang pertama harus diabaikan kerana garis MACD, pada masa itu, berada di zon terlebih jualan (oversold). Nasib baik, pada sebelah petang, garis MACD bergerak ke zon yang menguntungkan, oleh yang demikian, pasangan mata wang EUR/USD cenderung untuk turun sebanyak 20 pip.Analisis dan cadangan dagangan untuk pasangan mata wang EUR/USD dan GBP/USD pada 22 Mac, 2021

Cadangan perdagangan untuk 22 Mac

PPI Jerman meninggalkan pasaran dengan tenang pada pagi Jumaat yang lalu, namun kenaikan ketara dalam hasil Perbendaharaan menyebabkan kenaikan dolar AS yang lain pada sebelah petang. Trend ini cenderung untuk berterusan pada hari ini kerana kenyatan yang akan datang dari Rizab Persekutuan berkemungkinan besar akan mengukuhkan kedudukan dolar AS. Walaupun begitu, pesanan menjual pasangan mata wang EUR/USD adalah urus niaga paling ideal untuk hari ini.

Laporan mengenai imbangan akaun ECB juga akan dikeluarkan hari ini, oleh yang demikian, pedagang juga harus memperhatikannya.

Untuk pesanan membeli:

Buka pesanan beli euro ketika harga mencecah tahap 1.1917 (garis hijau pada carta), dan kemudian menetapkan pesanan Take Profit sekitar tahap 1.1986. Walau bagaimanapun, tidak mungkin harga akan meningkat hari ini kerana hampir semua petunjuk menunjukkan ke arah penurunan yang selanjutnya.

Adalah diingatkan bahawa sebelum membeli, sila pastikan garis MACD berada di atas sifar dan mula menaik darinya.

Untuk pesanan menjual:

Buka pesanan jual euro setelah harga mencecah tahap 1.1871 (garis merah pada carta), dan kemudian menetapkan pesanan Take Profit pada tahap 1.1815. Tekanan pada pasangan mata wang EUR/USD harus berterusan kerana hasil Perbendaharaan AS telah meningkat lagi. Selain itu, Eropah masih menderita krisis COVID-19, terutama ketika cItizens menolak vaksin AstraZeneca. Ini menyukarkan proses vaksinasi secara keseluruhan dan menunda penarikan semula perintah kuarantin.

Juga, diingatkan bahawa sebelum menjual, dila pastikan garis MACD berada di bawah sifar dan mula bergerak turun daripadanya.

Analisis dan cadangan dagangan untuk pasangan mata wang EUR/USD dan GBP/USD pada 22 Mac, 2021

Apa yang terdapat pada carta:

Garis hijau halus adalah tahap utama di mana anda boleh membuka pesanan beli pada pasangan mata wang GBP/USD.

Garis hijau tebal adalah harga sasaran, kerana harga tidak mungkin bergerak di atas tahap ini.

Garis merah halus adalah tahap di mana anda boleh membuka pesanan jual pada pasangan mata wang GBP/USD.

Garis merah tebal adalah harga sasaran, kerana harga tidak mungkin bergerak di bawah tahap ini.

Garis MACD - ketika memasuki pasaran, penting untuk dijadikan panduan oleh zon overbought dan oversold.

Penting: Pedagang baru harus sangat berhati-hati ketika membuat keputusan untuk memasuki pasaran. Sebelum pengumuman laporan penting, adalah lebih baik berada di luar pasaran untuk mengelakkan terjebak dalam volatiliti kadar yang ketara. Sekiranya anda memutuskan untuk berdagang semasa siaran berita, anda perlu selalu menetapkan Stop order untuk mengurangkan kerugian. Jika tidak, anda boleh kehilangan keseluruhan deposit anda dalam sekelip mata, terutamanya jika anda tidak menggunakan pengurusan wang dan memperdagangkan jumlah besar.

Dan penting juga untuk diingatkan bahawa untuk perdagangan yang berjaya, anda perlu mempunyai pelan perdagangan yang jelas. Keputusan perdagangan spontan berdasarkan situasi pasaran semasa adalah strategi kerugian untuk pedagang harian.

Analisis urusniaga pasangan mata wang GBP/USD

Dua isyarat muncul di pasaran pada Jumaat lalu, namun, semua itu harus diabaikan. Ini kerana ketika pound mencapai tahap 1.3935, garis MACD, walaupun berada di zon beli, tidak jauh dari sifar. Oleh itu, walaupun volume belian meningkat di pasaran, pergerakannya tidak akan melebihi 20 pips. Manakala untuk isyarat kedua penjualan pada tahap 1.3899, ia juga tidak berjaya kerana garis MACD, pada masa itu, berada di zon terlebih jualan (oversold).

Analisis dan cadangan dagangan untuk pasangan mata wang EUR/USD dan GBP/USD pada 22 Mac, 2021

Cadangan perdagangan untuk 22 Mac

Jumaat lalu, ucapan Timbalan Gabenor Bank of England (BoE), Jon Cunliffe sedikit mempengaruhi pasangan mata wang GBP/USD, tetapi itu tidak membawa kepada pergerakan arah. Namun hari ini, harga berkemungkinan besar akan turun dengan kuat disebabkan oleh kenyataan dari Rizab Persekutuan. Ucapan Pengerusi Fed Jerome Powell berkemungkinan akan mengukuhkan mata wang dolar AS, sekaligus melemahkan pasangan mata wang GBP/USD.

Untuk pesanan membeli:

Buka pesanan membeli pound setelah harga mencecah tahap 1.3890 (garis hijau pada carta), dan kemudian menetapkan pesanan Take Profit pada tahap 1.3955 (garis hijau yang lebih tebal pada carta). Tetapi harga akan meningkat hanya setelah pasangan mata wang ini menembusi di atas tahap 1.3890.

Perlu diingatkan bahawa sebelum membuka pesanan membeli, sila pastikan garis MACD berada di atas sifar dan mula menaik daripadanya.

Untuk pesanan menjual:

Buka pesanan menjual pound setelah harga mencecah tahap 1.3833 (garis merah pada carta), dan kemudian menetapkan pesanan Take Profit pada tahap 1.3767. Selain kenyataan dari Rizab Persekutuan yang akan mengukuhkan dolar AS, penembusan harga di bawah tahap 1.3833 secara automatik akan menyebabkan penurunan harga pada pasangan mata wang mata wang ini.

Semasa menjual, sila pastikan garis MACD berada di bawah sifar dan mula bergerak turun darinya.

Analisis dan cadangan dagangan untuk pasangan mata wang EUR/USD dan GBP/USD pada 22 Mac, 2021

Apa yang terdapat pada carta:

Garis hijau halus adalah tahap utama di mana anda boleh membuka pesanan beli pada pasangan mata wang GBP/USD.

Garis hijau tebal adalah harga sasaran, kerana harga tidak mungkin bergerak di atas tahap ini.

Garis merah halus adalah tahap di mana anda boleh membuka pesanan jual pada pasangan mata wang GBP/USD.

Garis merah tebal adalah harga sasaran, kerana harga tidak mungkin bergerak di bawah tahap ini.

Garis MACD - ketika memasuki pasaran, penting untuk dijadikan panduan oleh zon overbought dan oversold.

Penting: Pedagang baru harus sangat berhati-hati ketika membuat keputusan untuk memasuki pasaran. Sebelum pengumuman laporan penting, adalah lebih baik berada di luar pasaran untuk mengelakkan terjebak dalam volatiliti kadar yang ketara. Sekiranya anda memutuskan untuk berdagang semasa siaran berita, anda perlu selalu menetapkan Stop order untuk mengurangkan kerugian. Jika tidak, anda boleh kehilangan keseluruhan deposit anda dalam sekelip mata, terutamanya jika anda tidak menggunakan pengurusan wang dan memperdagangkan jumlah besar.

Dan penting juga untuk diingatkan bahawa untuk perdagangan yang berjaya, anda perlu mempunyai pelan perdagangan yang jelas. Keputusan perdagangan spontan berdasarkan situasi pasaran semasa adalah strategi kerugian untuk pedagang harian.

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan