logo

FX.co ★ Analisis dan cadangan dagangan untuk pasangan mata wang EUR/USD dan GBP/USD pada 1 Mac

Analisis dan cadangan dagangan untuk pasangan mata wang EUR/USD dan GBP/USD pada 1 Mac

Analisis transaksi dalam pasangan mata wang EUR/USD

Laporan kuat dari AS memberikan sokongan yang sangat baik terhadap dolar. Akibatnya, banyak isyarat menjual muncul dalam pasangan mata wang EUR/USD. Tetapi hanya ujian kedua 1.2144 yang menguntungkan dan mendorong euro untuk turun lebih dari 50 pip.

Analisis dan cadangan dagangan untuk pasangan mata wang EUR/USD dan GBP/USD pada 1 Mac

Cadangan dagangan untuk 1 Mac

Sejumlah laporan makroekonomi, baik dari AS dan EU, dijadualkan untuk diterbitkan pada hari ini. Kemudian, pada sebelah petang, perwakilan dari Rizab Persekutuan dan Bank Pusat Eropah akan bercakap, dan mereka mungkin akan banyak bercakap mengenai keuntungan dan langkah-langkah untuk membendungnya, yang akan mengukuhkan kedudukan dolar AS. Laporan yang baik mengenai ekonomi AS akan menambahkan keyakinan terhadap kenaikan dolar, oleh itu, pilihan terbaik adalah membuka kedudukan menjual di pasaran.

Untuk kedudukan panjang (membeli):

Melaksanakan kedudukan membeli euro apabila harga mencecah tahap 1.2104 (garis hijau pada carta), dan kemudian membuat Take Profit sekitar tahap 1.2157. Pasangan mata wang EUR/USD akan diiniagakan secara menaik sekiranya laporan dari Itali dan Jerman sememangnya lebih baik berbanding yang dijangkakan. Walau bagaimanapun, kenaikan yang kuat tidak boleh diharapkan kerana trend di pasaran sebenarnya menurun.

Perlu diingatkan bahawa sebelum membeli, garis MACD harus berada di atas sifar dan mula bergerak menaik darinya.

Untuk kedudukan pendek (menjual):

Melaksanakan kedudukan menjual euro setelah harga mencecah 1.2062 (garis merah pada carta), dan kemudian membuat Take Profit pada tahap 1.1999. Tekanan terhadap euro akan berterusan sekiranya hasil Perbendaharaan di AS meningkat lebih jauh. Data yang lemah di EU juga akan mendorong harga lebih rendah.

Tetapi sudah tentu, sebelum menjual, penting untuk memastikan bahawa garis MACD berada di bawah sifar dan mula bergerak turun daripadanya.

Analisis dan cadangan dagangan untuk pasangan mata wang EUR/USD dan GBP/USD pada 1 Mac

Apakah yang terdapat di carta:

Garis hijau nipis adalah tahap utama di mana anda boleh meletakkan kedudukan panjang (membeli) pada pasangan mata wang EUR/USD.

Garis hijau tebal adalah harga sasaran, kerana harga tidak mungkin bergerak di atas tahap ini.

Garis merah nipis adalah tahap di mana anda boleh meletakkan kedudukan pendek (menjual) pada pasangan mata wang EUR/USD.

Garis merah tebal adalah harga sasaran, kerana harga tidak mungkin bergerak di bawah tahap ini.

Garis MACD - ketika memasuki pasaran, adalah penting untuk berpandukan oleh zon overbought dan oversold.

Penting: Pedagang baru perlu berhati-hati apabila membuat keputusan untuk memasuki pasaran. Sebelum penerbitan laporan penting, senario yang terbaik adalah tetap berada di luar pasaran untuk mengelakkan terjebak dalam turun naik kadar yang ketara. Sekiranya anda memutuskan untuk berdagang semasa siaran berita, maka selalu meletakkan Stop Loss untuk mengurangkan kerugian. Tanpa membuat Stop Loss, anda boleh kehilangan keseluruhan deposit anda dengan cepat, terutamanya jika anda tidak menggunakan pengurusan wang dan melaksanakan dagangan dalam volume yang besar.

Dan perlu diingatkan bahawa untuk dagangan yang berjaya, anda perlu mempunyai rancangan dagangan yang jelas. Keputusan perdagangan yang spontan atau secara sepintas lalu berdasarkan situasi pasaran semasa adalah strategi kerugian yang diwarisi bagi pedagang harian.

Analisis transaksi dalam pasangan mata wang GBP/USD

Isyarat menjual muncul di pasaran pada hari Jumaat lalu. Namun, ia harus diabaikan kerana garis MACD, pada masa itu, berada di zon oversold. Tiada isyarat lain yang muncul sepanjang hari.

Analisis dan cadangan dagangan untuk pasangan mata wang EUR/USD dan GBP/USD pada 1 Mac

Cadangan dagangan untuk 1 Mac

Laporan yang kuat dari Amerika Syarikat menyebabkan penurunan pasangan mata wang GBP/USD pada hujung minggu lalu. Sekiranya laporan yang dijadualkan untuk diterbitkan pada hari ini memberikan sentimen yang sama, harga akan turun lebih jauh, walaupun tidak begitu kuat, kerana data pengeluaran yang akan datang dari UK harus memberikan sokongan untuk pound, walaupun hanya sedikit. Walau bagaimanapun, pilihan terbaik adalah meletakkan kedudukan pendek pada pasangan mata wang GBP/USD.

Untuk kedudukan panjang (pesanan membeli):

Melaksanakan pesanan membeli pound apbila harga mencecah tahap 1.4015 (garis hijau pada carta), dan kemudian membuat Take Profit pada tahap 1.4126 (garis hijau yang lebih tebal pada carta). Pasangan mata wang GBP/USD akan diperdagangkan secara menaik hanya sekiranya terdapat laporan baik dari UK.

Perlu diingatkan bahawa sebelum membeli, pastikan garis MACD berada di atas sifar dan mula bergerak menaik darinya.

Untuk kedudukan pendek (pesanan menjual):

Melaksanakan pesanan menjual pound setelah harga mencecah tahap 1.3959 (garis merah pada carta), dan kemudian membuat Take Profit pada tahap 1.3876. Data yang kukuh dari AS akan menyebabkan penurunan mendadak dalam pasangan mata wang GBP/USD.

Perlu diingatkan bahawa sebelum menjual, pastikan garis MACD berada di bawah sifar dan mula bergerak menurun darinya.

Analisis dan cadangan dagangan untuk pasangan mata wang EUR/USD dan GBP/USD pada 1 Mac

Apakah yang terdapat di carta:

Garis hijau nipis adalah tahap utama di mana anda boleh meletakkan kedudukan panjang (membeli) dalam pasangan mata wang GBP/USD.

Garis hijau tebal adalah harga sasaran, kerana harga tidak mungkin bergerak di atas tahap ini.

Garis merah nipis adalah tahap di mana anda boleh meletakkan kedudukan pendek (menjual) dalam pasangan mata wang GBP/USD.

Garis merah tebal adalah harga sasaran, kerana harga tidak mungkin bergerak di bawah tahap ini.

Garis MACD - apabila memasuki pasaran, penting untuk berpandukan oleh zon overbought dan oversold.

Penting: Pedagang baru seharusnya perlu lebih berhati-hati apabila membuat keputusan untuk memasuki pasaran. Sebelum penerbitan laporan penting, tindakan yang terbaik adalah tetap berada di luar pasaran untuk mengelakkan terjebak dalam turun naik kadar yang ketara. Sekiranya anda memutuskan untuk berdagang semasa siaran berita, Stop Loss perlu diletakan untuk mengurangkan kerugian. Tanpa membuat Stop Loss, anda boleh kehilangan keseluruhan deposit anda dengan cepat, terutamanya sekiranya anda tidak menggunakan pengurusan wang dan melaksanakan dagangan dengan volume yang besar.

Dan perlu diingatkan bahawa untuk dagangan yang berjaya, anda perlu mempunyai rancangan dagangan yang jelas. Keputusan perdagangan yang spontan atau secara sepintas lalu berdasarkan situasi pasaran semasa adalah strategi kerugian yang diwarisi bagi pedagang harian.

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan