Tinjauan Pasaran Teknikal:
Pasangan mata wang EUR/USD telah melantun dari paras rendah pada tahap 1.0809 sebelum pengumuman kadar faedah ECB, walau bagaimanapun, selepas keputusan harga membuat ayunan rendah baharu pada tahap 1.0757. Pada masa ini, harga telah memasuki zon penurunan harga dan kenaikan harga menghadapi masalah untuk menembusi di atas rintangan urusniaga hari yang dilihat pada 1.0836. Namun begitu, buat masa ini tinjauan masih menurun dan sasaran seterusnya untuk penurunan dilihat pada 1.0805 dan 1.0781. Hanya penembusan yang berterusan di atas tahap 1.0961 akan mengubah tinjauan kepada lebih menaik dalam jangka pendek dan arah aliran menurun mungkin telah ditamatkan. Rintangan teknikal utama terletak pada 1.0944 (sempadan antara pasaran neutral dan kenaikan harga jangka pendek dilihat pada 1.0961). Pada carta masa mingguan, sasaran seterusnya untuk penurunan harga dilihat pada paras terendah 2020 yang terletak pada 1.0639.
Mata Pivot Mingguan:
WR3 - 1.1215
WR2 - 1.1132
WR1 - 1.1005
Pivot Mingguan - 1.0914
WS1 - 1.0779
WS2 - 1.0669
WS3 - 1.0586
Tinjauan Dagangan:
Pasaran masih dikawal oleh penurunan harga yang menolak jauh ke bawah tahap 1.1185, jadi penembusan di atas tahap ini adalah satu kemestian untuk kenaikan harga untuk pembalikan arah aliran. Sokongan teknikal jangka panjang seterusnya terletak pada 1.0639. Arah aliran menaik boleh diteruskan ke arah sasaran jangka panjang seterusnya yang terletak pada tahap 1.1494 (tahap tinggi dari 06.02.2022) hanya jika senario kitaran kenaikkan disahkan oleh penembusan di atas tahap 1.1186 dan 1.1245, jika tidak, penurunan harga akan menolak harga rendah ke arah sasaran jangka panjang seterusnya pada tahap 1.0639 atau di bawah.