logo

FX.co ★ Analisis dan cadangan perdagangan untuk pasangan mata wang EUR/USD dan GBP/USD pada 3 Disember 2020

Analisis dan cadangan perdagangan untuk pasangan mata wang EUR/USD dan GBP/USD pada 3 Disember 2020

Analisis urusniaga pasangan mata wang EUR/USD

Beberapa isyarat perdagangan muncul untuk euro semalam, namun semuanya tidak memberikan banyak hasil. Pesanan menjual pada tahap 1.2065 mendorong euro untuk turun hanya 15 pip, kerana sebaik laporan ekonomi untuk ekonomi EU diterbitkan, pergerakan menurun mata wang telah terhenti. Kemudian, semasa sesi dagangan AS, pesanan membeli pada tahap 1.2087 telah meningkat hanya 15 pips. Pergerakan menuju tahap sasaran 1.2127 hanya dapat dicapai hari ini semasa sesi dagangan Asia.

Analisis dan cadangan perdagangan untuk pasangan mata wang EUR/USD dan GBP/USD pada 3 Disember 2020

Cadangan perdagangan untuk 3 Disember

Sejumlah besar laporan ekonomi dijadualkan akan dikeluarkan pada hari ini, salah satunya adalah data aktiviti di sektor perkhidmatan, yang mungkin lemah dan menyebabkan kejatuhan mata wang Eropah. Penurunan indeks dijangka disebabkan oleh gelombang pandemik kedua.

Sementara itu, data mengenai penjualan runcit EU tidak mungkin mempengaruhi pasaran, tetapi laporan yang akan datang untuk sektor perkhidmatan AS akan mengukuhkan kedudukan Dolar AS. Walaupun begitu, yang terbaik adalah berdagang mengikut arah aliran, walaupun terdapat perbincangan bahawa nilai mata wang euro kini terlalu mahal.

Wakil Fed juga diramalkan akan menyampaikan ucapan penting hari ini, tetapi hanya berita buruk mengenai Brexit yang boleh membahayakan euro hari ini.Analisis dan cadangan perdagangan untuk pasangan mata wang EUR/USD dan GBP/USD pada 3 Disember 2020

  • Adalah disyorkan kepada para pedagang untuk membuka pesanan pembelian apabila euro mencapai tahap 1.2130 (garis hijau pada carta) dan kemudian menetapkan pesanan Take Profit pada tahap 1.2190. Namun, pertumbuhan hanya akan berlaku jika data ekonomi di zon Eropah merekodkan bacaan yang positif atau lebih baik berbanding ramalan.
  • Adalah disyorkan kepada para pedagang untuk membuka pesanan penjualan apabila euro mencapai tahap 1.2102 (garis merah pada carta) dan kemudian menetapkan pesanan Take Profit pada tahap 1.2042. Namun, anda hanya boleh melakukan ini hanya jika data di zon Eropah merekodkan bacaan yang lebih buruk berbanding ramalan, dan jika risiko tidak menandatangani perjanjian perdagangan pasca-Brexit meningkat.

Analisis urusniaga pasangan mata wang GBP/USD

Pesanan menjual dari 1.3404 hingga 1.3305 merekodkan keuntungan yang besar semalam, susulan kenyataan Michel Barnier bahawa tidak ada kemajuan dalam rundingan Brexit menyebabkan kejatuhan pound Britain. Secara keseluruhan, pergerakan menurun adalah lebih daripada 100 pips.

Analisis dan cadangan perdagangan untuk pasangan mata wang EUR/USD dan GBP/USD pada 3 Disember 2020

Cadangan perdagangan untuk 3 Disember

Pound akan terus bergerak bergantung kepada kemajuan rundingan Brexit. Semalam, desas-desus tersebar bahawa terdapat beberapa penilaian terhadap isu perikanan, yang menyebabkan kenaikan pound Britain. Seperti yang dapat kita lihat, para pedagang mengawasi keadaan dengan teliti, di mana sebarang berita positif akan membawa kepada kenaikan segera dalam mata wang UK. Oleh itu, jika diumumkan lagi bahawa kedua-dua pihak gagal mencapai kesepakatan, tekanan terhadap pound akan meningkat.

Dalam catatan berasingan, laporan yang sangat penting mengenai sektor perkhidmatan UK dijadualkan akan dikeluarkan pada hari ini, yang mungkin memberi tekanan tambahan kepada pound. Namun, sebilangan besar peserta pasaran sudah menjangkakan angka lemah dalam indeks, oleh itu, pergerakan menurun mungkin tidak begitu ketara, bahkan jika hasilnya lebih lemah.

Analisis dan cadangan perdagangan untuk pasangan mata wang EUR/USD dan GBP/USD pada 3 Disember 2020

  • Adalah disyorkan kepada para pedagang untuk membuka pesanan pembelian apabila sebut harga mencapai tahap 1.3405 (garis hijau pada carta) dan kemudian menetapkan pesanan Take Profit sekitar tahap 1.3484 (garis hijau lebih tebal pada carta). Berita baik mengenai Brexit, serta data yang kukuh mengenai sektor perkhidmatan UK, berpotensi untuk mengukuhkan kedudukan pound Britain.
  • Adalah disyorkan kepada para pedagang untuk membuka pesanan penjualan apabila sebut harga mencapai tahap 1.3373 (garis merah pada carta) dan kemudian menetapkan pesanan Take Profit sekitar tahap 1.3292. Berita buruk mengenai Brexit akan meneruskan trend penurunan pasangan mata wang GBP/USD.
*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan