logo

FX.co ★ Pelan dagangan Bitcoin pada 24 Februari 2022

Pelan dagangan Bitcoin pada 24 Februari 2022

Pelan dagangan Bitcoin pada 24 Februari 2022

Gambaran teknikal:

Bitcoin telah jatuh melalui tahap $34,300 pada awal sesi dagangan Asia pada hari Khamis, lebih daripada apa yang diunjurkan sebelum ini. Penarikan semula harga melalui tahap harga sub $39,000 terbukti sementara sebagaimana trend penurunan harga berjaya kembali mengukuh. Sokongan sementara sekitar tahao $33,000 kini berisiko untuk ditembusi sekiranya pembalikan kenaikkan harga tidak berlaku di sekitar tahap semasa.

Bitcoin sebelum ini telah mengalami peningkatan harga di antara tahap $33,000 dan $46,000, yang telah dijejaki semula di bawah tahap Fibonacci 0.786. Sebaik-baiknya, pembalikan kenaikkan akan dilihat dalam masa terdekat sekarang dengan tahap $33,000 masih mengukuh. Penembusan harga di bawah tahap $33,000 akan mengesahkan lagi bahawa penurunan harga berada dalam kawalan dan berpotensi untuk menolak harga melalui tahap sokongan $28,700.

Sementara itu, jika aliran menaik berhasil membuat pusingan di sini, struktur harga akan kekal utuh untuk pergerakan seterusnya menembusi tahap $50,000 dan lebih tinggi. Ia akan menjadi menarik untuk melihat bagaimana aliran menaik bertindak balas sekitar tahap $34,500-35,000 dan lebih tinggi. Pedagang mungkin cenderung untuk mengekalkan pesanan membeli sehingga tahap $33,000 ditembusi.

Pelan dagangan:

Potensi kenaikan harga melalui tahap $50,000 berbanding $33,000

Semoga berjaya!

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan