logo

FX.co ★ 23 Februari, 2021 : Analisis teknikal urusniaga harian dan pelan dagangan pasangan mata wang EUR/USD.

23 Februari, 2021 : Analisis teknikal urusniaga harian dan pelan dagangan pasangan mata wang EUR/USD.

23 Februari, 2021 : Analisis teknikal urusniaga harian dan pelan dagangan pasangan mata wang EUR/USD.

Ayunan kenaikkan harga yang bermula sekitar tahap 1.1650 pada bulan Ogos, gagal untuk menolak pasangan mata wang ini untuk diniagakan lebih tinggi daripada tahap harga 1.1900. Itulah sebabnya, satu lagi penarikan semula menurun ke arah tahap 1.1650 telah dilaksanakan.

Walau bagaimanapun, penurunan harga yang selanjutnya telah menolak pasangan mata wang EURUSD ke arah tahap 1.1600 dan tahap yang lebih rendah telah dicapai.

Tidak lama selepas itu, pemulihan kenaikkan harga yang ketara telah bermula apabila pasangan mata wang menguji tahap harga 1.1570.

Penarikan semula kenaikkan harga baru-baru ini ke arah tahap 1.1650-1.1680 dijangka menawarkan penolakan menurun dan Kemasukan pesanan MENJUAL yang sah.

Penurunan harga yang ketara membawa pasangan mata wang EURUSD semula ke arah tahap 1.1550 yang kekal berperanan sebagai zon Sokongan Urusniaga harian. Oleh itu, pergerakan mendatar telah ditunjukkan sehingga penurunan harga yang cepat berlaku ke arah tahap 1.1200 di mana satu lagi saluran mendatar telah ditubuhkan.

Sila ambil perhatian bahawa pergerakan kenaikan harga semasa di atas tahap 1.1300-1.1350 harus dianggap sebagai isyarat kekuatan kenaikan harga sementara itu.

Sebaliknya, tahap harga sekitar 1.1520 kekal berperanan sebagai zon rujukan yang menyediakan kemasukan pesanna MENJUAL yang sah apabila momentum kenaikkan memudar.

Penurunan harga di bawah tahap 1.1300 harus dianggap sebagai isyarat kesinambungan penurunan harga. Jika ya, pergerakan menurun sepatutnya dijangka meneruskan ke arah 1.1000.

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan