logo

FX.co ★ Analisis dan cadangan perdagangan untuk pasangan mata wang EUR/USD, GBP/USD pada 4 Ogos, 2020.

Analisis dan cadangan perdagangan untuk pasangan mata wang EUR/USD, GBP/USD pada 4 Ogos, 2020.

Cadangan perdagangan untuk pasangan mata wang EUR/USD pada 4 Ogos

Analisis urus niaga

Urus niaga jualan yang dibuka dari tahap 1.1763 membawa keuntungan sebanyak 55 mata, selepas itu euro melantun, meneruskan pergerakan menurun dengan semangat baru.

Analisis dan cadangan perdagangan untuk pasangan mata wang EUR/USD, GBP/USD pada 4 Ogos, 2020.

Data yang kukuh mengenai aktiviti pembuatan di zon eropah telah menyumbang kepada sedikit kenaikan pada euro, tetapi trend umum kekal menurun. Namun, data serupa dari Amerika Syarikat (AS) berjaya mengembalikan keyakinan para pedagang berkaitan dengan pemulihan ekonomi global yang lebih cepat, yang menghidupkan kembali permintaan untuk mata wang euro di sebelah petang.

  • Para pedagang disarankan untuk mengambil pesanan membeli hari ini apabila harga mencecah tahap 1.1785 (garis hijau pada carta), mensasarkan kenaikan harga ke tahap 1.1846. Data yang positif mengenai harga pengeluar di zon eropah akan membantu menaikkan euro di pasaran. Pesanan Take Profit ditetapkan pada tahap 1.1846.
  • Para pedagang disarankan untuk mengambil pesanan menjual tahap 1.1748 (garis merah pada carta), dengan mensasarkan penurunan harga ke tahap 1.1700. Tetapi sebelum mengambil pesanan menjual, para pedagang disyorkan untuk menunggu keputusan laporan harga pengeluar dari zon Eropah, data yang akan menentukan arah pergerakan bagi mata wang euro pada carta harga. Pesanan Take Profit ditetapkan pada tahap 1.1700.

Analisis dan cadangan perdagangan untuk pasangan mata wang EUR/USD, GBP/USD pada 4 Ogos, 2020.

Cadangan perdagangan untuk pasangan mata wang GBP/USD pada 4 Ogos

Analisis urus niaga

Urus niaga jualan dibuka semalam, setelah harga mencecah tahap harga 1.3070. Walaupun kejatuhan tidak berlaku dengan segera kerana data positif mengenai aktiviti pembuatan UK, harga masih mencapai tahap harga sasaran 1.3023, yang membawa keuntungan sekitar 45 mata.

Analisis dan cadangan perdagangan untuk pasangan mata wang EUR/USD, GBP/USD pada 4 Ogos, 2020.

Faktor utama yang mendorong kepada kenaikan ini adalah permintaan yang melemah untuk maat wang Dolar AS, yang kini mungkin secara beransur-ansur telah kembali, walaupun tidak sampai pertengahan bulan Ogos.

  • Para pedagang disarankan untuk mengambil pesanan membeli apabila sebut harga mencapai tahap 1.3095 (garis hijau pada carta), mensasarkan kenaikan harga ke tahap 1.3142 (garis hijau yang lebih tebal pada carta). Pesanan Take Profit ditetapkan apabila harga mencapai tahap 1.3142.
  • Para pedagang disarankan untuk mengambil pesanan menjual setelah pasangan mata wang GBP/USD ini menembusi tahap 1.3060 (garis merah pada carta), penembusan harga pada tahap tersebut akan menyebabkan penurunan mendadak pada pasangan mata wang ini dalam carta harian. Pesanan Take Profit ditetapkan apabila sebut harga mencapai tahap 1.3005.

Analisis dan cadangan perdagangan untuk pasangan mata wang EUR/USD, GBP/USD pada 4 Ogos, 2020.

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan