logo

FX.co ★ Gambaran keseluruhan pasangan mata wang EUR/USD. 22 Julai 2020. Itali akan menerima sejumlah 209 bilion rubel dari dana pemulihan, Poland - 160, Sepanyol - 140. Semua pihak gembira, anda boleh bersurai dan memikirkan cara melunaskan hutang sehingga tahun 2058.

Gambaran keseluruhan pasangan mata wang EUR/USD. 22 Julai 2020. Itali akan menerima sejumlah 209 bilion rubel dari dana pemulihan, Poland - 160, Sepanyol - 140. Semua pihak gembira, anda boleh bersurai dan memikirkan cara melunaskan hutang sehingga tahun 2058.

Carta masa 4-jam

Gambaran keseluruhan pasangan mata wang EUR/USD. 22 Julai 2020. Itali akan menerima sejumlah 209 bilion rubel dari dana pemulihan, Poland - 160, Sepanyol - 140. Semua pihak gembira,...

Maklumat teknikal:

Saluran regresi linear yang lebih tinggi: arah aliran - menaik.

Saluran regresi linear yang lebih rendah: arah aliran - menaik.

Moving Average (20; smoothed) - menaik.

CCI: 332.9041

Sidang kemuncak EU yang telah berlangsung selama 4 hari, kini telah berakhir. Kesemua pihak persidangan masih dapat bersetuju atas semua isu penting, dan para pemimpin EU kini dapat bernafas dengan lebih bebas - Zon Eropah kini selamat! Bagi pergerakan pasangan mata wang EUR/USD, ia sama sekali tidak berubah sejak hasil pertemuan itu diketahui. Euro secara terus bergerak menaik dengan amplitud dan kelajuan yang sama seperti sebelumnya, jadi kami dapat mengatakan bahawa para pelaku pasaran hanya mengabaikan keputusan penting dan bersejarah yang dibuat di Brussels. Walau bagaimanapun, senario ini tidak bermaksud bahawa peristiwa dan keputusan ini tidak akan memberi kesan jangka panjang kepada pasangan mata wang EUR/USD. Bagaimanapun, negara-negara yang paling terjejas disebabkan oleh "krisis koronavirus" pada masa kini akan diberikan bantuan kewangan. Senario ini memberi maksud bahawa ekonomi mereka dan ekonomi Kesatuan Eropah secara keseluruhan akan mula pulih dengan kadar yang lebih cepat berbanding daripada situasi sebelum ini tanpa pakej bantuan 750-bilion. Malangnya, bantuan sejumlah 750 bilion ini tidak akan munculdari mana-mana sudut. Bantuan akan dikeluarkan dengan pasaran kewangan dan, sebenarnya, bermaksud pinjaman untuk Kesatuan Eropah, yang akan diagihkan semula di antara negara-negara yang paling memerlukan dalam bentuk pinjaman dan hibah (percuma) yang sama. Hal ini menandakan bahawa kita harus membayar balik sejumlah 750 bilion ini, dan memandangkan jumlah ini sangat besar walaupun untuk organisasi yang penting seperti Kesatuan Eropah, maka ia akan mengambil masa yang sangat lama untuk membayarnya dan faedah di atasnya. Oleh demikian, sangat mustahil untuk mengatakan bahawa peristiwa kuat untuk mata wang euro berlaku di Brussels. Perikatan itu hanya memutuskan untuk mengambil pinjaman besar, yang akan dibayarnya selama tempoh beberapa tahun. Sekarang kita hanya dapat berdoa agar tiada gelombang coronavirus kedua berlaku di Eropah, yang sekali lagi dapat menjejaskan ekonomi. Bagaimanapun, walaupun Brussels juga menolak langkah kuarantin atau "lockdown" baru, senario ini memberi maksud bahawa ekonomi akan menjadi perlahan. Amerika Syarikat adalah contoh yang jelas mengenai perkara ini. Sebilangan besar kes penyakit ini, tetapi kuarantin baru tidak diperkenalkan di seluruh negara, kerana Donald Trump, Steven Mnuchin dan lain-lain percaya bahawa penyakit itu dapat secara langsung menamatkan ekonomi Amerika. Namun, sekiranya orang takut jatuh sakit, aktiviti ekonomi mereka akan menurun dengan ketara. Dan aktiviti ekonomi adlah sangat penting bagi pertumbuhan persekitaran ekonomi.

Namun, kami tidak akan membuat spekulasi mengenai alasan tanpa berasas sama ada gelombang kedua akan berlaku di Eropah atau tidak. Mari kembali ke puncak itu sendiri dan hasilnya. Belanjawan akhir selama tempoh 7 tahun di Kesatuan Eropah adalah sebanyak 1.074 trilion euro. Semua peserta sidang kemuncak berpuas hati dengan kesepakatan yang dicapai, dan Presiden Majlis Eropah, Charles Michel, mengatakan pada sidang media: "Eropah kuat, Eropah bersatu. Kami berjaya! Kami telah mencapai persetujuan mengenai belanjawan dan dana pemulihan ekonomi. Ini adalah rundingan yang sukar, tetapi berakhir dengan kesepakatan yang kuat dan bagus. " "Untuk pertama kalinya dalam sejarah, anggaran dipersetujui dengan mempertimbangkan penyelesaian masalah iklim. Perjanjian ini adalah mengenai pekerjaan, kesihatan dan kesejahteraan negara Eropah, "kata Charles Michel. Ketua Suruhanjaya Eropah Ursula von der Leyen secara bergantian berkata:" Belanjawan merangkumi "perjanjian hijau (Green Deal)". Kami melabur pada masa depan Kesatuan Eropah. Eropah sekarang mempunyai peluang untuk keluar dari krisis. "Di bawah" perjanjian hijau (Green Deal)", ketua Suruhanjaya Eropah memahami peralihan ekonomi Eropah ke dasar yang mesra alam. Presiden Perancis Emmanuel Macron mengatakan selepas sidang kemuncak itu bahawa" dengan mengambil kira dana pemulihan, belanjawan Eropah sebenarnya telah dua kali ganda untuk tahun-tahun yang akan datang." "Hari ini kita mempunyai anggaran tujuh tahun dan rancangan pemulihan yang menghampiri 2% daripada KDNK EU," kata Macron. Juga dilaporkan bahawa untuk pertama kalinya dalam sejarah EU, kewajipan hutang akan menjadi milik seluruh EU, iaitu, semua negara EU akan melunaskan hutang tersebut dengan harga 750 bilion euro. Hingga tahun 2058. Sekiranya diimbas kembali di mana pada peringkat awal cadangan, yang disebut "coronabonds", telah berulang kali ditolak dengan tepat kerana keengganan beberapa negara anggota EU untuk melakukan kewajiban membayar pinjaman dan faedah pinjaman, sementara wang tersebut akan diberikan kepada negara-negara EU yang lain. "Semua pemimpin EU bersetuju mengenai perlunya meletakkan pinjaman bersama dan melunaskan pinjaman ini untuk membiayai pemulihan ekonomi," kata Presiden Perancis itu.

Dan sudah tentu Itali akan gembira. Rom akan menerima sejumlah 209 bilion euro (sekitar 28%) dari dana pembinaan semula. Dari jumlah tersebut, sejumlah 81 bilion adalah dalam bentuk hibah (hadiah) dan sejumlah 127 bilion dalam bentuk pinjaman. "Kami berpuas hati kerana kami telah menyetujui rancangan pemulihan yang mencabar di mana adalah bersesuaian dengan skala krisis," kata Perdana Menteri Itali Giuseppe Conte. "Sekarang kita perlu menggunakan dana ini untuk tujuan pelaburan dan pembaharuan. Kami mempunyai peluang nyata untuk menjadikan Itali lebih hijau, lebih digital, lebih inovatif, lebih lestari. Kami berpeluang melabur di sekolah, universiti, penyelidikan dan infrastruktur," kata Conte. Greece juga turut senang hati, yang akan menerima sejumlah 32 bilion euro dari dana itu, dan sekitar 40 lagi dari anggaran EU. Perdana Menteri, Kyriakos Mitsotakis, berkata: "Buat pertama kalinya, negara kita mendapat akses ke instrumen kewangan yang sangat penting. Kami akan kembali ke Athens dengan jumlah pakej melebihi 70 bilion euro. Ini adalah ukuran yang belum pernah terjadi sebelumnya untuk negara kita." Juga diketahui bahawa Sepanyol akan menerima sejumlah 140 bilion euro dari dana pemulihan ekonomi, dan Poland - 160.

Selain selesainya sidang kemuncak EU pada hari Selasa, belum terdapat berita penting dan laporan makroekonomi yang tersedia untuk para pedagang. Secara kasar gambaran asas yang sama akan diperhatikan pada hari Rabu, 22 Julai. Memandangkan sifat perdagangan pasangan mata wang EUR/USD sama sekali tidak berubah, kami masih percaya bahawa keadaan di Amerika Syarikat adalah penting bagi para pedagang. Yaitu, krisis politik, sosial, epidemiologi dan ekonomi. Kongres kini sedang berusaha keras untuk peringkat yang terakhir, menyediakan untuk memberikan sekurang-kurangnya satu trilion dolar bantuan untuk ekonomi Amerika. Walau bagaimanapun, kemungkinan besar, berita ini juga tidak akan memperoleh pantulan sementara pada carta pasangan EUR/USD. Oleh demikian, gambaran teknikal sekarang adalah penting dan menurutnya, pembentukan arah aliran secara terus berlanjutan. Perlahan dan tidak pasti. Tetapi kenaikkan harga secara terus membeli euro dan menyingkirkan dolar AS, di mana dalam tempoh beberapa bulan terakhir kehilangan status mata wang yang selalu dibeli oleh semua pihak. Kedua-dua saluran regresi linier dalam aliran menaik, jadi tiada keraguan tentang mata wang manakah yang menguasai pasaran pada waktu ini.

Gambaran keseluruhan pasangan mata wang EUR/USD. 22 Julai 2020. Itali akan menerima sejumlah 209 bilion rubel dari dana pemulihan, Poland - 160, Sepanyol - 140. Semua pihak gembira,...

Volatiliti pasangan mata wang EUR/USD pada 22 Julai adalah sebanyak 78 mata dan masih disifatkan sebagai "purata". Justeru, kami menjangkakan pasangan bergerak hari ini antara tahap 1.1462 dan 1.1618. Pembalikan indiaktor Heiken Ashi ke bawah menandakan perubahan pembetulan menurun dalam rangka carta arah aliran (tren) menaik.

Tahap sokongan berhampiran:

S1 – 1.1475

S2 – 1.1414

S3 – 1.1353

Tahap rintangan berhampiran:

R1 – 1.1536

R2 – 1.1597

Cadangan perdagangan:

Pasangan mata wang EUR/USD meneruskan pergerakan menaik yang meningkat dengan mendadak. Oleh demikian, adalah disarankan pada masa kini untuk tetap melakukan pembelian mata wang euro dengan sasaran pada tahap 1.1597 dan 1.1618, sehingga pembalikan indikator Heiken Ashi ke bawah. Juga disarankan untuk membuka pesanan menjual tidak dilaksanakan lebih awal sebelum penetapan harga di bawah garis Moving Average (MA) dengan sasaran pertama pad tahap 1.1353 dan 1.1292.

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan