logo

FX.co ★ Ramalan panas dan isyarat perdagangan untuk pasangan GBP / USD pada 22 Julai. Laporan COT. Coronavirus mencecah dolar dan menambah keyakinan kepada pound Britain

Ramalan panas dan isyarat perdagangan untuk pasangan GBP / USD pada 22 Julai. Laporan COT. Coronavirus mencecah dolar dan menambah keyakinan kepada pound Britain

Pasangan mata wang GBP/USD pada carta masa 1H

Ramalan panas dan isyarat perdagangan untuk pasangan GBP / USD pada 22 Julai. Laporan COT. Coronavirus mencecah dolar dan menambah keyakinan kepada pound Britain

Pasangan mata wang GBP/USD meneruskan pergerakan menaik pada hari Selasa tanpa sebarang keraguan. Pembeli menemui kekuatan untuk mengatasi kawasan rintangan 1.2636-1.2660, dari mana harga sebelumnya melantun sekurang-kurangnya empat kali. Tiada perhentian di sana pada hari ini. Oleh demikian, kenaikkan harga membawa pasangan ke tahap rintangan kedua 1.2755 pada penghujung hari dagangan. Kini sasaran yang berhampiran untuk kedudukan membeli adalah paras tinggi 10 Jun pada tahap 1.2812. Tiada garis atau saluran tren pada masa ini, yang menjadikannya agak sukar untuk menentukan arah aliran, ukuran penarikan semula dan pembetulan. Walau bagaimanapun, dalam keadaan apa sekalipun, penurunan harga kini sedang dalam penangguhan sementara secara terbuka dan tidak memikirkan untuk menghalang inisiatif itu.

Pasangan mata wang GBP/USD pada carta masa 15M

Ramalan panas dan isyarat perdagangan untuk pasangan GBP / USD pada 22 Julai. Laporan COT. Coronavirus mencecah dolar dan menambah keyakinan kepada pound Britain

Kedua-dua saluran regresi linier dalam arah aliran menaik pada pada carta masa 15 minit, yang bersesuaian dengan arah aliran umum yang telah berkembang pada carta yang lebih tinggi. Tiada tanda-tanda pergerakan pembetulan. Laporan Komitmen pedagang (COT) terbaru menunjukkan perubahan minimum berbanding yang sebelumnya. Mata wang Britain terus mengukuh hingga 14 Julai (tarikh akhir laporan), jadi tidak menghairankan bahawa pada masa ini, menurut laporan itu, pedagang bukan komersial terus membuka kontrak Membeli. Kategori bukan komersial hanya membuka sebanyak 182 kontrak Menjual (dan hanya 12 minggu sebelumnya). Namun, pada awal minggu baru memberi peluang kepada pasangan untuk mengatasi kawasan 1.2636-1.2660, yang mengembalikan minat pedagang untuk membeli pound. Oleh demikian, pound sterling telah menjadi lebih mahal sekali lagi dari 15 Julai hingga hari ini (yang terakhir untuk laporan COT seterusnya). Ini bermaksud bahawa laporan COT baru mungkin menunjukkan peningkatan pada kedudukan bersih. Sekiranya tren ini berterusan, ia akan meningkatkan peluang untuk mengukuhkan pound.

Latar belakang asas bagi pasangan mata wang GBP/USD nampaknya telah sepenuhnya beralih ke arah situasi persekitaran coronavirus. Dalam tempoh beberapa minggu kebelakangan ini, kami telah berulang kali membuat kesimpulan bahawa dolar AS jatuh berbanding beberapa mata wang utama, hanya disebabkan oleh keadaan epidemiologi yang sukar di Amerika, dan, sebagai akibatnya, tindakan yang tidak lengkap oleh Rumah Putih untuk mengatasi wabak ini. Kami juga menyatakan bahawa Presiden AS Donald Trump bimbang terhadap prospek pemilihan semula dan ekonomi AS, dan bukannya fakta bahawa Amerika Syarikat menduduki kedudukan pertama di dunia dari segi jumlah penyakit dan kematian akibat "virus China". Dari sudut pandangan kami, semua ini memainkan peranan penting dalam membentuk permintaan dolar yang rendah. Pada awal minggu ini, data datang dari UK bahawa para saintis di Universiti Oxford membuat kejayaan dalam menghasilkan vaksin terhadap coronavirus. Pound sterling melonjak dengan kekuatan baru berikutan maklumat ini. Oleh itu, maklumat baru mengenai coronavirus dari Britain dan Amerika Syarikat sekali lagi dapat mempengaruhi suasana pasaran. Terutama sejak Trump meneruskan taklimat mengenai coronavirus, jadi kami mempeorleh banyak ulasan yang lucu dalam tempoh masa terdekat. Bagi data ekonomi secara purata, data tersebut tidak muncul. Tiada berita mengenai topik Brexit yang paling menarik untuk pasangan mata wang GBP/USD. Bulan Julai hampir berakhir, dan Perdana Menteri Britain, Boris Johnson masih lagi belum berkunjung ke Brussels. Namun, dalam tempoh beberapa hari terakhir, para pemimpin Kesatu Eropah (EU) sedang sibuk dengan sidang kemuncak EU. Jadi pada minggu yang akan datang, kami masih menunggu maklumat dari Johnson di ibu negara Belgium.

Terdapat dua senario utama pada 22 Julai:

1) Tinjauan kenaikan harga adalah secara berterusan. Pembeli berjaya mengatasi rintangan penting dan pada masa kini harga pasangan dapat menambah sebanyak 100 mata lagi. Justeru, anda dinasihatkan untuk membeli pound sambil mensasarkan pada tahap 1.2812 dan 1.2846, sekiranya pedagang berjaya dengan yakin mengatasi sasaran semasa 1.2755. Potensi Ambil Keuntungan (TP) dalam senario ini adalah berjumlah 40 hingga 80 mata.

2) Penjual disarankan untuk mempertimbangkan kedudukan pendek (pesanan menjual) dengan sasaran garis Senkou Span B (1.2554) dan tahap sokongan 1.2474, tetapi untuk melaksanakan senario ini, anda perlu menunggu sehingga garis Kijun-sen (1.2638) dapat diatasi. Bagaimanapun, ini bukan rancangan untuk beberapa hari ke depan, kerana harga adalah sangat jauh dari garis Kijun-sen, dan latar belakang asas masih belum memungkinkan kita bergantung pada pertumbuhan kukuh dolar. Potensi Ambil Keuntungan (TP) antara 60 hingga 150 mata.

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan