logo

FX.co ★ Sidang kemuncak EU tidak membawa sebarang berita baik untuk euro; Dolar akan terus menurun (penurunan tempatan dalam harga emas dalam lingkungan julat dan penurunan pasangan mata wang USD/JPY adalah mungkin)

Sidang kemuncak EU tidak membawa sebarang berita baik untuk euro; Dolar akan terus menurun (penurunan tempatan dalam harga emas dalam lingkungan julat dan penurunan pasangan mata wang USD/JPY adalah mungkin)

Minggu di pasaran mata wang berakhir secara kebiasaannya untuk dolar AS. Pergerakan secara terus menurun, yang berlangsung selama empat minggu berturut-turut berdasarkan dinamik indeks dolar ICE.

Tingkah laku ini dicirikan oleh pemulihan ekonomi dunia yang tidak begitu jelas, tetapi masih stabil. Situasi ini berlaku bukan sahaja di Eropah dan Amerika Serikat, malahan turut juga berlaku di Australia dan New Zealand, yang masih terpengaruh negatif disebabkan oleh pandemik coronavirus. Sememangnya, dalam tekanan situasi coronavirus, dolar paling terkesan - senario ini sangat ketara pada musim bunga - sebagai aset 'safe haven' bersama dengan instrumen tradisional seperti yen Jepun, franc Swiss, emas dan bon kerajaan dari segi ekonomi negara kuat, terutamanya negara Amerika.

Namun begitu, adalah perlu diakui bahawa selama tempoh empat minggu terakhir, dolar secara terus merosot berbanding sekumpulan mata wang utama. Alasan kepada senario itu berikutan daripada penerbitan data mengenai ekonomi Amerika, di mana, walaupun gelombang kedua COVID-19 yang jelas, ia menunjukkan pemulihan. Dapat diperhatikan bahawa dalam konteks langkah-langkah rangsangan skala besar dan belum pernah terjadi sebelumnya dari Rizab Persekutuan dan Perbendaharaan AS dalam proses pemulihan ekonomi, yang tetap akan berlanjutan, lebih cepat atau lebih perlahan, dolar akan semakin lemah, kerana dalam situasi ini, kelemahan asasnya akan mengatasi semua kebimbangan tempatan yang disebabkan oleh wabak tersebut.

Kami percaya bahawa tren ini akan berterusan dalam jangka pendek, dan penurunan mendadak dalam dolar akan bermula dengan penemuan vaksin terhadap COVID-19 dan pengesahan keberkesanan vaksin tersebut.

Di samping itu, tekanan pada kadar "Amerika" (dolar AS) dari sekumpulan mata wang utama telah diberikan oleh euro, yang memperoleh sokongan bukan hanya dengan latar belakang langkah-langkah rangsangan yang luas dari ECB dan harapan, tetapi juga keputusan mengenai Dana Pemulihan EU akan dibuat pada hujung minggu ini, rundingan yang pada mulanya terhenti, dan pada hakikatnya, mereka gagal. Ini mungkin memberi kesan negatif pada kadar euro dan memaksa untuk membetulkan penurunan pada minggu yang akan datang.

Pada minggu ini, tumpuan akan tetap kekal pada topik coronavirus, tetapi pasaran juga akan mengikuti penerbitan statistik ekonomi, terutamanya di Amerika. Sekiranya laporan terus menunjukkan dinamik positif secara umumnya, senario ini akan terus memberi tekanan pada kadar dolar. Tidak diragukan lagi, pertemuan Fed mengenai dasar monetari akan berlangsung tanpa sebarang penumpuan, yang akan bermula pada hari Selasa, dan pada hari Rabu, laporan pengawal selia akan dibentangkan dan ucapan kebiasaannya oleh J. Powell akan berlangsung pada sidang media. Juga pada hari Khamis, data KDNK untuk suku kedua akan dikeluarkan, yang dijangkakan adalah sangat negatif, tetapi kami percaya bahawa pasaran sudah mengetahui tentang hal ini dan akan menyiarkan harga, jadi senario akan terus berlanjutan dengan penuh minat untuk mengikuti angka-angka pendapatan dan perbelanjaan rakyat Amerika pada bulan lalu untuk memahami sama ada berlaku pemulihan permintaan di negara itu atau tidak.

Ramalan harian:

Pasangan mata wang USD / JPY secara terus diperdagangkan pada julat 106.65-107.55 di tengah-tengah ketidakpastian yang berterusan mengenai kesan wabak coronavirus. Pasangan tersebut kemungkinan akan berada dalam julat yang selanjutnya, hanya membetulkan ke sempadan paling rendah jika menurun di bawah tahap 107.25.

Emas diperdagangkan pada julat 1795.15-1812.40 setelah mencapai tahap tinggi tempatan. Kami menjangkakan bahawa harga akan terus bergerak dalam julat pada hari ini, dengan pergerakan perlahan berikutan ketidakpastian tinjauan dunia selepas wabak. Kami juga percaya bahawa ia akan melakukan pembetulan ke tahap 1795.15 hari ini, sekiranya pergerakan harga masih di bawah tahap 1812.40.

Sidang kemuncak EU tidak membawa sebarang berita baik untuk euro; Dolar akan terus menurun (penurunan tempatan dalam harga emas dalam lingkungan julat dan penurunan pasangan mata wang USD/JPY...

Sidang kemuncak EU tidak membawa sebarang berita baik untuk euro; Dolar akan terus menurun (penurunan tempatan dalam harga emas dalam lingkungan julat dan penurunan pasangan mata wang USD/JPY...

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan