logo

FX.co ★ Analisis Teknikal Pasangan Mata Wang GBP/USD pada 29 Disember 2021

Analisis Teknikal Pasangan Mata Wang GBP/USD pada 29 Disember 2021

Gambaran Teknikal Pasaran:

Pasangan mata wang GBP/USD telah diniagakan dalam aliran menaik menuju ke arah tahap tinggi November yang terletak pada tahap 1.3516. Ini adalah merupakan ayunan tinggi dan mana-mana penembusan harga pada tahap ini akan mengisyaratkan kenaikan harga dalam tempoh terdekat. Tahap tinggi terakhir dibentuk pada 1.3460 dan kemudian corak graf lilin Bearish Engulfing telah dihasilkan, oleh yang demikian, penarikan semula harga diramalkan akan berlaku tidak lama lagi. Sokongan teknikal serta-merta dilihat pada tahap 1.3478 dan 1.3410. Momentum yang kukuh dan positif menyokong prospek kenaikkan jangka pendek untuk mata wang GBP, walau bagaimanapun, keadaan pasaran kini amat terlebih belian (overbought) pada carta 4 Jam, jadi penarikan semula harga ke arah tahap 1.3371 berkemungkinan besar akan diperhatikan.

Tahap Pivot Mingguan:

WR3 - 1.3774

WR2 - 1.3612

WR1 - 1.3524

Pivot Mingguan - 1.3343

WS1 - 1.3248

WS2 - 1.3073

WS3 - 1.2991

Tinjauan Dagangan:

Arah aliran menurun pada carta masa yang lebih besar sedang diteruskan, tetapi hanya penembusan harga yang berterusan di atas tahap 1.3514 akan meningkatkan prospek pasangan mata wang GBP/USD kepada kenaikan lebih tinggi dengan sasaran terletak pada 1.4200. 200 WMA telah pun ditembusi, oleh yang demikian, pasaran kini berada dalam aliran menurun dengan sasaran jangka panjang terletak pada 1.2668 (tahap rendah September 2020).

Analisis Teknikal Pasangan Mata Wang GBP/USD pada 29 Disember 2021

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan