logo

FX.co ★ Isyarat dagangan pasangan mata wang USD/JPY pada 29 - 30 Disember, 2021: buka pesanan membeli sekiranya harga melantun semula pada 114.58 (21 SMA)

Isyarat dagangan pasangan mata wang USD/JPY pada 29 - 30 Disember, 2021: buka pesanan membeli sekiranya harga melantun semula pada 114.58 (21 SMA)

Isyarat dagangan pasangan mata wang USD/JPY pada 29 - 30 Disember, 2021: buka pesanan membeli sekiranya harga melantun semula pada 114.58 (21 SMA)

Peningkatan selera risiko telah mempengaruhi permintaan terhadap yen sebagai aset 'sae haven'. Dalam beberapa jam kebelakangan ini, ia telah cuba mendekati tahap psikologi 115.00. Yen meningkat walaupun terdapat kenaikan baru-baru ini dalam ekuiti dan aset sensitif risiko lain serta hasil bon AS yang lemah.

Pasangan mata wang USD/JPY didagangkan dengan perlahan, yang mengehadkan ayunan mendadak. Ia berkemungkinan kekal dalam julat yang sempit. Jurang antara tahap tinggi dan rendah pada jam terakhir tidak melebihi 24 pips. Ini boleh berterusan sehingga minggu depan. Walau bagaimanapun, kita mesti berhati-hati. Kekurangan kecairan boleh menyebabkan kemungkinan lonjakan mendadak.

Garis 7/8 Murray yang terletak pada tahap 114.84 mewakili rintangan yang kukuh untuk yen. Graf lilin terkini menunjukkan bahawa daya kenaikkan semakin berkurangan dan mungkin terdapat pembetulan dalam beberapa jam akan datang kepada SMA 21 sekitar tahap 114.58.

Lantunan teknikal sekitar 114.58 (21 SMA) atau sekitar bahagian bawah saluran aliran menaik akan menawarkan kita satu lagi peluang untuk membuka pesanan membeli dengan tahap sasaran 115.00 dan 115.62 pada 8/8 Murray.

Sebaliknya, jika pergerakan menurun berlaku dan sekiranya yen mendapat permintaan sebagai aset 'safe haven', perubahan arah aliran boleh berlaku. Penutupan harga pada carta 4 jam di bawah SMA 21 dan di bawah 114.40 berkemungkinan menurun kepada Murray 6/8 pada tahap 114.06 dan kepada EMA 200 yang terletak pada 113.83.

Laporan sentimen pasaran menunjukkan bahawa 73.85% pengendali membuka pesanan membeli yen. Ini boleh menjadi petanda positif memandangkan terdapat pengumpulan yang kuat dan indikator ini bertindak dalam korelasi songsang dengan harga. Oleh itu, penembusan harga di bawah tahap 114.40 akan menjadi peluang untuk kemasukan pesanan menjual dengan tahap sasaran berada pada 112.50 (4/8) dalam jangka sederhana.

Tahap Sokongan dan Rintangan untuk 29 - 30 Disember 2021

Rintangan (3) 115.25

Rintangan (2) 115.07

Rintangan (1) 114.94

----------------------------

Sokongan (1) 114.70

Sokongan (2) 114.59

Sokongan (3) 114.32

***********************************************************

Tip dagangan untuk pasangan mata wang USD/JPY pada 29 - 30 Disember 2021

Adalah disyorkan kepada para pedagang untuk membuka p-esanan membeli sekiranya berlaku lantunan semula harga pada tahap 114.58 (21 SMA) dengan menetapkan pesanan Take Profit pada tahap 115.00 dan 115.62 (8/8), dan Stop Loss di bawah 114.18.

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan