logo

FX.co ★ Pasangan mata wang EUR / USD: rancangan untuk sesi dagangan Eropah pada 16 Julai (analisis perdagangan semalam). Pembeli euro berundur dari pasaran menjelang mesyuarat ECB, sidang kemuncak EU. Laporan COT. Kenaikkan harga perlu mengembalikan rintangan 1.1419

Pasangan mata wang EUR / USD: rancangan untuk sesi dagangan Eropah pada 16 Julai (analisis perdagangan semalam). Pembeli euro berundur dari pasaran menjelang mesyuarat ECB, sidang kemuncak EU. Laporan COT. Kenaikkan harga perlu mengembalikan rintangan 1.1419

Untuk membuka kedudukan panjang (pesanan membeli) pada pasangan mata wang EUR / USD, yang anda perlukan adalah:

Data semalam mengenai pengeluaran perindustrian di Amerika Syarikat (AS) mengingatkan para pedagang tentang pemulihan ekonomi AS dan mengembalikan daya tarikan terhadap dolar, yang telah kehilangan kedudukan berbanding euro sepanjang minggu di tengah-tengah jangkaan bahawa para pemimpin EU akan menyokong rancangan bantuan kewangan sejumlah 750 bilion euro yang dicadangkan oleh Suruhanjaya Eropah. Tetapi perkara pertama yang perlu dilakukan pada hari ini adalah menunggu keputusan Bank Pusat Eropah mengenai dasar monetari dan juga ucapan Presiden ECB Christine Lagarde. Dari sudut pandangan teknikal, tiada perkara yang berubah berbanding semalam, kecuali rintangan baru pada tahap 1.1453 telah terbentuk. Sasaran awal pembeli masih bertahan pada tahap 1.1419, di mana mereka tidak dapat mengekalkan pada petang semalam dan dapat dilihat dengan jelas pada carta masa 5 minit. Pengukuhan harga di atas tahap ini akan menjadi isyarat baru untuk membuka keudukan membeli, yang boleh mencapai tahap tinggi pada kawasan 1.1453, di mana saya mencadangkan mengambil keuntungan (TP). Kawasan 1.1485 masih merupakan sasaran jangka panjang, penembusan akan menguji angka ke-15 dan mengemas kini tahap tinggi pada tahap 1.1514. Tetapi perlu diingatkan bahawa keputusan yang diambil pada mesyuarat ECB dapat memberi tekanan negatif pada euro, jadi keinginan para pelabur untuk meningkatkan kedudukan panjang (pesanan membeli) pada tahap tinggi saat ini akan terhad. Senario yang lebih optimum untuk membeli pasangan mata wang EUR / USD, terutamanya memandangkan permulaan sidang kemuncak Kesatuan Eropah (EU) pada hari esok, akan menjadi pembetulan menurun ke kawasan sokongan 1.1363, dari mana anda dapat segera membuka kedudukan membeli untuk lantunan semula berdasarkan 20-25 mata pembetulan. Sekiranya kenaikkan harga tidak aktif dalam julat ini, lebih baik menunggu sehingga tahap rendah 1.1307 telah diperbaharui dan membeli pasangan mata wang EUR / USD di sana. Juga perlu diingatkan bahawa laporan Komitmen Pedagang (COT) untuk 7 Julai mencatatkan kenaikan pada kedudukan panjang (membeli) dan kenaikan pada kedudukan pendek (menjual) dalam jangka pendek, yang menunjukkan peningkatan permintaan aset berisiko secara beransur-ansur. Terdapat lebih banyak orang yang ingin membeli euro dalam keadaan semasa dan dengan harga tinggi. Laporan itu menunjukkan peningkatan dalam kedudukan pendek bukan komersial dari tahap 81,432 ke tahap 81,562, sementara kedudukan panjang bukan komersial melonjak dari tahap 180,387 ke tahap 185,159. Akibatnya, kedudukan bersih bukan komersial positif meningkat kepada 103,597, berbanding 98,955, yang menunjukkan peningkatan kecenderungan untuk membeli aset berisiko pada harga semasa.

Pasangan mata wang EUR / USD: rancangan untuk sesi dagangan Eropah pada 16 Julai (analisis perdagangan semalam). Pembeli euro berundur dari pasaran menjelang mesyuarat ECB, sidang kemuncak EU....

Untuk membuka kedudukan pendek (pesanan menjual) pada pasangan mata wang EUR / USD, yang anda perlukan adalah:

Penjual berjaya mengatasi tugas itu semalam dan berjaya mengembalikan pasangan di bawah tahap 1.1419 pada penghujung hari. Walau bagaimanapun, ini mungkin disebabkan oleh pembeli euro mengambil keuntungan (TP) sebelum peristiwa ekonomi penting. Sasaran utama penurunan harga untuk separuh pertama pada hari ini adalah untuk membuat penembusan yang palsu di kawasan rintangan 1.1419, yang mungkin berlaku setelah data asas mengenai negara zon Eropah diterbitkan. Senario ini akan memaksa pembeli spekulatif euro untuk mengukuhkan kedudukan panjang (membeli), yang seterusnya akan menyebabkan pembetulan menurun ke kawasan sokongan 1.1363, di mana pergelutan utama untuk arah aliran akan berkembang. Pengukuhan harga di bawah tahap ini akan meningkatkan tekanan pada euro dan membawa kepada penembusan dalam arah aliran menaik, yang akan menjadi isyarat tambahan untuk menjual dengan sasaran utama untuk kembali ke tahap 1.1307, di mana saya mencadangkan mengambil keuntungan (TP). Sekiranya tiada aktiviti dari penurunan harga pada tahap 1.1419, adalah lebih baik jangan tergesa-gesa untuk menjual bertentangan dengan aliran (tren), tetapi tunggu kemaskini tinggi baru di kawasan 1.1453 dan 1.1485, bergantung pada pembetulan 30-40 mata dalam sehari.

Pasangan mata wang EUR / USD: rancangan untuk sesi dagangan Eropah pada 16 Julai (analisis perdagangan semalam). Pembeli euro berundur dari pasaran menjelang mesyuarat ECB, sidang kemuncak EU....

Isyarat indikator:

Moving Average (MA)

Perdagangan dijalankan di kawasan Moving Average 30 dan 50, yang menunjukkan kebarangkalian untuk mengakhiri kenaikan harga dan mengunci pasangan dalam saluran mendatar sebelum beberapa statistik asas yang penting diterbitkan.

Catatan: tempoh dan harga Moving Average dipertimbangkan oleh pengarang pada carta masa (TF) H1 dan berbeza dengan definisi umum MA harian klasik pada carta masa harian D1.

Bollinger Bands

Menembusi had atas indikator di kawasan 1.1445 akan menyebabkan euro berkembang. Penembusan di sempadan bawah sekitar 1.1400 akan meningkatkan tekanan pada pasangan.

Penerangan mengenai indikator

  • Moving Average (MA menentukan arah aliran semasa dengan melancarkan volatiliti dan noise). Tempoh 50. Grafik ditandakan dengan garis kuning.
  • Moving Average (MA menentukan arah aliran semasa dengan melancarkan volatiliti dan noise). Tempoh 30. Grafik ditandakan dengan garis hijau gelap.
  • Indikator MACD (Moving Average Penumpuan / Perbezaan - Moving Average Penumpuan / Perbezaan) Tempoh Pantas EMA 12. Tempoh Perlahan EMA 26. Tempoh SMA 9
  • Bollinger Bands (Bollinger Bands). Tempoh 20
  • Pedagang bukan komersial adalah spekulator, seperti pedagang individu, dana lindung nilai dan institusi besar yang menggunakan pasaran niaga hadapan untuk tujuan spekulasi dan memenuhi syarat tertentu.
  • Kedudukan panjang bukan komersial mewakili jumlah kedudukan panjang (membeli) yang terbuka bagi pedagang bukan komersial.
  • Kedudukan pendek bukan komersial mewakili jumlah kedudukan pendek (menjual) yang terbuka bagi pedagang bukan komersial.
  • Jumlah kedudukan bersih bukan komersial adalah perbezaan antara kedudukan pendek (menjual) dan kedudukan panjang (membeli) pedagang bukan komersial.
*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan