logo

FX.co ★ Analisis dan ramalan untuk pasangan mata wang GBP / USD pada 15 Julai 2020

Analisis dan ramalan untuk pasangan mata wang GBP / USD pada 15 Julai 2020

Selamat sejahtera, para pedagang yang dikasihi!

Data KDNK UK pada hari semalam menunjukkan bahawa ekonomi UK telah memulakan pemulihan secara beransur-ansur dari kesan COVID-19. Walau bagaimanapun, pemulihan ini masih dilihat tidak kukuh. Faktor utama pemulihan semula kegiatan ekonomi adalah susulan daripada tindakan penghapusan atau pelonggaran sejumlah langkah sekatan yang perlu diambil oleh pemerintah untuk menghentikan penyebaran jangkitan koronavirus.

Namun, melihat kalendar ekonomi, kita melihat bahawa KDNK Britain meningkat sebanyak 1.8% pada bulan Mei, di mana adalah jauh lebih rendah berbanding nilai ramalan sebanyak 5.5%. Namun, setelah petunjuk sebelumnya adalah -20.3%, pertumbuhan pada bulan Mei 1.8% mungkin memberangsangkan. Dan secara umumnya, kemerosotan ekonomi di UK yang disebabkan oleh COVID-19 tidak pernah berlaku sebelumnya.

Hari ini, Jabatan Statistik Kebangsaan UK akan memberikan data mengenai indeks harga pengguna (mereka akan muncul setelah selesai artikel ini), dan Amerika Syarikat (AS) akan menerbitkan laporan mengenai pengeluaran industri, harga import dan Beige Book Fed.

Harian

Analisis dan ramalan untuk pasangan mata wang GBP / USD pada 15 Julai 2020

Seperti yang anda lihat, data KDNK UK untuk bulan Mei, yang berada di bawah nilai ramalan, memberikan tekanan yang besar pada mata wang Britain. Namun, setelah menunjukkan nilai minimum pada tahap 1.2479, pasangan mata wang GBP/USD mula pulih secara aktif dan akhirnya mengakhiri perdagangan hari Selasa pada tahap 1.2552 di mana ia bermula. Tambahan pula, ia adalah titik ke titik!

Sudah tentu, di sini anda harus memperhatikan bayang-bayang graf lilin jauh lebih rendah, yang mungkin menandakan keengganan pasaran untuk bergerak ke arah penurunan. Juga perlu diperhatikan bahawa harganya disokong oleh garis Kijun indikator Ichimoku dan Exponential Moving Average (EMA). Hasil daripada itu, sesi dagangan semalam berakhir pada tahap yang lebih tinggi dari garis Tenkan.

Pada pendapat saya, faktor-faktor ini menunjukkan potensi pertumbuhan sterling berbanding dolar AS. Bagaimana sebenarnya situasi tersebut, semestinya, akan menunjukkan laluan perdagangan. Sekiranya berlaku pertumbuhan, sasaran berhampiran di atas adalah 200 EMA, yang mana telah diuji untuk penembusan, dan di atasnya adalah kawasan yang tidak memberangsangkan untuk kenaikkan harga pada pound antara 1.2640-1.2680.

Sekiranya pasaran memilih senario penurunan, sasaran terdekat adalah paras rendah semalam pada tahap 1.2479, kemaskini yang akan menjadikan pasangan ke arah tahap 1.2460, 1.2442 dan 1.2420.

Carta masa H4Analisis dan ramalan untuk pasangan mata wang GBP / USD pada 15 Julai 2020

Pada carta masa ini, anda dapat melihat dengan jelas sokongan yang diberikan oleh Moving Average yang digunakan, khususnya 200 Exponential Moving Average (EMA) jingga. Di sinilah pasangan itu muncul dan berdagang berhampiran dengan tahap teknikal yang penting pada kawasan 1.2600.

Namun, setelah munculnya lilin doji yang kukuh, kenaikkan harga pada pound mengalami masalah. Kini, untuk terus berkembang, pergerakan harga perlu menyerap lilin yang dipilih.

Sekiranya anda mengikuti cadangan perdagangan untuk GBP/USD, mereka mengurangkan untuk membeli pasangan. Graf lilin harian semalam seharusnya disedari oleh peserta pasaran, dan setelah corak seperti itu, harga biasanya akan meningkat. Seperti yang telah saya perhatikan berulang kali, dan ini bukan rahsia atau sebarang bentuk penemuan, lebih baik membeli lebih murah, dan menjual lebih mahal. Alasan itu merupakan sebab saya mensarankan untuk melihat pembelian pound selepas penurunan jangka pendek ke zon harga 1.2555-1.2515. Isyarat pengesahan, seperti biasa, akan dianggap sebagai lilin kenaikkan harga (atau graf lilin), yang akan muncul pada carta masa empat jam atau setiap jam. Bagi mereka yang berniaga lebih agresif dan berisiko, saya boleh menawarkan pembelian pada harga semasa 1.2575.

Sekiranya terdapat isyarat lilin penurunan harga di zon harga antara 1.2600-1.2650, anda boleh mencuba menjual, tetapi lebih baik buat masa ini dengan sasaran kecil, di kawasan 1.2560-1.2545.

Semoga berjaya dalam perlaksanaan perdagangan!

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Buka akaun dagangan