logo

FX.co ★ Pertumbuhan Selanjutnya bagi Pasangan Mata Wang AUD/USD Disahkan!

Pertumbuhan Selanjutnya bagi Pasangan Mata Wang AUD/USD Disahkan!

Pasangan mata wang AUD/USD didagangkan dalam trend menaik pada tahap 0.7240, jauh di atas tahap rendah harian 0.7205. Pasangan mata wang itu menamatkan penurunan sementaranya dan kini nampaknya berazam untuk meneruskan pergerakan menaik.

Pasangan mata wang itu jatuh lebih rendah selepas mencatatkan ayunan kuat lebih tinggi. Namun, penarikan semula harga hanyalah bersifat sementara. Pasaran cenderung untuk diniagakan tinggi, oleh yang demikian, pasangan mata wang AUD/USD boleh menghampiri dan mencapai tahap tinggi baharu. USD kalah berbanding beberapa pesaingnya walaupun AS melaporkan beberapa angka ekonomi yang positif pada minggu lepas. Beberapa data ekonomi AS yang lemah yang dilaporkan pada minggu ini cenderung untuk mendorong pasangan mata wang AUD/USD diniagakan lebih tinggi.

Penurunan Pasangan Mata Wang AUD/USD Tidak Sah!

Pertumbuhan Selanjutnya bagi Pasangan Mata Wang AUD/USD Disahkan!

Pasangan mata wang AUD/USD gagal untuk kekal diniagakan di bawah dalam Sliding Parallel Line (SL) dan di bawah 0.7223 yang sekaligus menandakan kekuatan pembeli dan potensi pertumbuhan harga yang selanjutnya. Penembusan harga palsu di bawah kawasan pertemuan yang terbentuk di persimpangan antara tahap 0.7223 dan Sliding Line (SL) dilihat sebagai isyarat untuk kenaikkan harga.

Tahap tinggi terdahulu pada 0.7251 kekal berperanan sebagai halangan menaik serta-merta. Penembusan harga pada tahap tinggi yang lebih tinggi (HH) boleh membawa peluang untuk kemasukan pesanan membeli baharu.

Ramalan dagangan untuk pasangan mata wang AUD/USD!

Pasangan mata wang AUD/USD mungkin akan melanjutkan pergerakan menaiknya jika ia melonjak dan menstabil di atas tahap tinggi terdahulu pada 0.7251. Selagi ia kekal berdagang di atas 0.7223 dan di atas Sliding Line (SL), pasangan mata wang AUD/USD boleh meneruskan pertumbuhannya. Median Line (ML) pada pitchfork menaik boleh digunakan sebagai halangan dan sasaran kenaikan jika harga terus meningkat.

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan