logo

FX.co ★ Sentimen positif menguasai pasaran global. Tinjauan semula dagangan mata wang AUD dan NZD

Sentimen positif menguasai pasaran global. Tinjauan semula dagangan mata wang AUD dan NZD

Penguasaan sentimen positif di pasaran global berterusan. Pada hari Isnin, indeks saham AS meningkat. Nasdaq Composite dan S&P 500 kembali ke tahap tertinggi tahunan. Pasaran masih di bawah pengaruh laporan pasaran buruh AS yang sangat positif. Di samping itu, bekalan mudah tunai dari sebahagian besar bank pusat semakin meningkat.

Harga minyak melebihi AS$ 40 setong dan memperlahankan perkembangan pertumbuhan. Namun, aliran tetap positif kerana langkah-langkah yang diambil oleh OPEC + memberikan hasil. Dolar AS merosot di tengah jangkaan positif. Pada hari Selasa, tiada alasan untuk menunggu perubahan aliran semasa. Penerbitan laporan NFIB untuk bulan Mei cenderung menambah volatiliti.

Pasangan mata wang AUD/USD

Menurut hasil tinjauan perniagaan bulanan dari National Australia Bank, keadaan perniagaan pada bulan Mei meningkat dengan ketara berbanding bulan Mac dan April. Walau bagaimanapun, bacaan masih sangat negatif. Parameter utama berada pada tahap yang terakhir diperhatikan semasa kemelesetan tahun 1990. Setiap industri menjangkakan keadaan yang semakin buruk, indeks pekerjaan dan pelaburan tidak menunjukkan pertumbuhan. Oleh demikian, perniagaan belum melihat sebarang syarat untuk pengembangan atau pemulihan tahap aktiviti pada tempoh sebelum virus.

Kapasiti pengunaan sedikit meningkat. Walau bagaimanapun, tahap semasa adalah masih sangat rendah. Selain itu, tiada tanda-tanda pertumbuhan eksport, sementara aktiviti pengguna juga berada pada tahap terendah. Aliran modal dijangka berada dalam arah aliran menurun yang bermula jauh sebelum wabak COVID-19. Kecenderungan negatif telah terkumpul selama bertahun-tahun. Justeru, adalah mustahil untuk menyalahkan senario itu semasa coronavirus.

Sentimen positif menguasai pasaran global. Tinjauan semula dagangan mata wang AUD dan NZD

Data perdagangan luar negeri China untuk bulan Mei, yang diterbitkan pada awal minggu, ternyata lebih buruk daripada yang dijangkakan, terutama untuk sektor import, yang susut sebanyak 16.7%. Sudah tentu, sebahagian daripada penurunan ini diimbangi oleh harga komoditi yang rendah. Walau bagaimanapun, ancaman kelembapan jumlah import tetap tinggi. Ini mungkin akan memberi kesan negatif terhadap anggaran eksport Australia sekurang-kurangnya sehingga laporan bulan Jun.

Menurut laporan mingguan CFTC, kedudukan pendek (pesanan menjual) bersih dolar Australia meningkat sebanyak AS$ 116 juta setiap minggu. Oleh demikian, pertumbuhan harga wajar yang dianggarkan adalah tidak berdasarkan petunjuk asas, tetapi berdasarkan jangkaan positif dan peningkatan permintaan untuk aset berisiko.

Sentimen positif menguasai pasaran global. Tinjauan semula dagangan mata wang AUD dan NZD

Pasangan mata wang AUD/USD mula menguji rintangan penting pada kawasan 0.7025. Berdasarkan aliran jangka pendek, ujian dijangka berjaya dan dolar Australia cenderung menaik dan mengukuh di atas tahap 0.7080. Akibatnya, aliran menaik mungkin berlaku. Pada masa yang sama, berdasarkan keadaan asas ekonomi Australia, tiada alasan khusus untuk pertumbuhan. Oleh demikian, paras tinggi tempatan boleh terbentuk di zon 0.7025 / 80, sementara penembusan tahap rintangan mungkin palsu.

Pasangan mata wang NZD/USD

Dolar New Zealand secara terus menjadi peneraju dalam hal pertumbuhan pasaran. Pada hujung minggu, mata wang tersebut menerima positif baru susulan daripada Perdana Menteri Ardern telah mengumumkan peralihan ke tahap waspada pertama yang bermaksud penghapusan semua sekatan pada jarak sosial dan acara awam.

Oleh demikian, langkah seterusnya adalah pertumbuhan pelancongan, salah satu komponen ekonomi terpenting di New Zealand. Jangkaan sempadan terbuka akan menyokong dolar New Zealand, tidak kira sama ada gelombang positif meliputi ekonomi global atau tidak.

Spekulator telah mengurangkan kedudukan pendek (pesanan menjual) bersih mereka untuk NZD sekali lagi. Aliran adalah positif. Anggaran harga ketinggalan di belakang harga spot, tetapi diarahkan dalam aliran menaik. Oleh demikian, senario utama kiwi adalah pertumbuhan.

Sentimen positif menguasai pasaran global. Tinjauan semula dagangan mata wang AUD dan NZD

Tahap rintangan 0.6448 berubah menjadi sokongan. Zon sokongan seterusnya dilihat berada pada tahap 0.6320 / 30, di mana sekiranya berlaku penarikan semula, tawaran dagangan membeli kemungkinan akan disambung semula. Adalah lebih baik untuk mengekalkan kedudukan panjang (membeli). Mengenai tawaran membeli yang baru, pembentukan isyarat teknikal diperlukan yang kemungkinan hanya akan muncul setelah pembetulan penurunan dilaksanakan.

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan