Gambaran Teknikal Pasaran:
Setelah pasangan mata wang EUR/USD menembusi di atas garis rintangan aliran jangka pendek yang dilihat pada tahap 1.1295 dan mencapai rintangan teknikal yang terletak pada tahap 1.1347, volatiliti pasaran menurun pada carta harian. Meskipun terdapat percubaan untuk rali, pasaran perlahan-lahan bergerak lebih rendah lagi, tetapi setakat ini ia masih didagangkan di atas garis arah aliran. Mana-mana penembusan harga pada garis saluran menurun, yang terletak di sekitar tahap 1.1264, akan menghasilkan pecutan jualan ke arah tahap 1.1228 dan 1.1185 sekali lagi. Hanya penembusan hagra yang berterusan di atas zon rintangan jangka pendek utama 1.1332 - 1.1375 akan mengubah prospek pasangan mata wang ini kepada lebih menaik dalam jangka masa terdekat.
Tahap Pivot Mingguan:
WR3 - 1.1528
WR2 - 1.1456
WR1 - 1.1385
Pivot Mingguan - 1.1307
WS1 - 1.1236
WS2 - 1.1160
WS3 - 1.1085
Tinjauan Dagangan:
Pasaran dikawal oleh penurunan harga yang menolak harga jauh di bawah tahap 1.1501 dan 1.1360, yang merupakan tahap terendah sejak November 2020. Sasaran jangka panjang penting seterusnya untuk penurunan harga dilihat pada tahap 1.1166. Aliran menaik boleh diteruskan ke arah sasaran jangka panjang seterusnya yang terletak pada tahap 1.2350 (tahap tinggi dari 06.01.2021) hanya jika senario kitaran kenaikkan disahkan oleh penembusan harga di atas tahap 1.1909 dan 1.2000.