logo

FX.co ★ Gambaran Pasangan Mata Wang GBP/USD pada 13 Mei, 2020. China mungkin akan menamatkan perjanjian perdagangan dengan AS dan akhirnya menguburkan semua peluang pemilihan semula Donald Trump.

Gambaran Pasangan Mata Wang GBP/USD pada 13 Mei, 2020. China mungkin akan menamatkan perjanjian perdagangan dengan AS dan akhirnya menguburkan semua peluang pemilihan semula Donald Trump.

Carta 4 Jam

Gambaran Pasangan Mata Wang GBP/USD pada 13 Mei, 2020. China mungkin akan menamatkan perjanjian perdagangan dengan AS dan akhirnya menguburkan semua peluang pemilihan semula Donald Trump.

Laporan teknikal:

Saluran regresi linear lebih tinggi: arah aliran - menurun.

Saluran regresi linear lebih rendah: arah aliran - menurun.

Moving Averages (MA)(20) - menurun.

CCI: -154.7020

Pound Britain memulakan hari dagangan ketiga minggu ini dengan pergerakan menurun di saluran mendatar 400 mata yang sama, semakin hampir dengan sempadan lebih rendah. Oleh itu, dalam waktu terdekat, pasangan mata wang Pound/Dolar AS berkemungkinan besar akan diikuti oleh pembalikan kenaikan dengan pergerakan lebih lanjut ke kawasan tahap Murray "7/8" -1.2634. Pada masa yang sama, pasangan mata wang ini boleh menembusi sempadan bawah saluran dan kemudian meninggalkannya, memulakan pembentukan arah aliran baru. Kami perhatikan bahawa sempadan bawah saluran mempunyai nilai harga yang tidak jelas dan berpotensi untuk jatuh ke tahap 1.2165 - tahap minimum dari 7 April.

Semalam, kami melaporkan bahawa mood Donald Trump disifatkan sebagai "suram", menurut sumber Washington Post di White House. Sumber mengatakan bahawa Presiden Amerika sangat kesal kerana penilaiannya terus menurun, sementara penilaian lawan utamanya, Joe Biden, semakin meningkat. Namun, kegelisahannya dapat dilihat bukan hanya oleh kakitangan White House. Baru-baru ini seperti hari ini, Donald Trump mengadakan taklimat berkala, di mana beliau ditanya mengapa pemimpin Amerika Syarikat (AS) itu selalu bercakap mengenai jumlah ujian yang dijalankan untuk "coronavirus" (menurut Trump, jumlah ujian yang dilakukan di AS adalah yang tertinggi di dunia, walaupun kita telah menulis bahawa jika kita mengambil jumlah ujian yang dilakukan per kapita, Amerika Syarikat bahkan tidak tersenarai dalam kedudukan negara lima teratas) sebaliknya memperhatikan jumlah orang yang dijangkiti dan jumlah kematian akibat wabak tersebut. Trump marah dan mengeluarkan kenyataan berikut: "Mungkin ini adalah pertanyaan yang harus anda tanyakan kepada China. Jangan tanya saya, ajukan kepada China. Sekiranya anda bertanya kepada mereka, anda mungkin mendapat jawapan yang sangat luar biasa." Selepas itu, Presiden mengganggu persidangan, tidak lupa untuk menyifatkan pertanyaan wartawan berasal dari Asia itu sebagai "keji".

Sementara itu, konflik di antara AS dan China, di sebalik jaminan Steven Mnuchin, Liu He dan Robert Lighthizer, terus mendapat momentum. Sebagai contoh, menurut maklumat terkini, FBI AS merancang untuk mendakwa terhadap China dalam usaha mencuri data penyelidikan "coronavirus". Mesej itu berbunyi: "RRC berusaha mendapatkan akses rahsia maklumat berharga yang dilindungi oleh hak kekayaan intelektual, serta data yang berkaitan dengan pengembangan vaksin." Agensi Keselamatan Siber dan Perlindungan Infrastruktur AS mengatakan bahawa pihaknya sedang menyiasat rangkaian serangan siber ke atas syarikat farmaseutikal, organisasi perubatan, dan universiti.

Pada masa yang sama, maklumat yang diperoleh dari China sendiri menyatakan bahawa Beijing sedang mempertimbangkan secara serius untuk membatalkan perjanjian perdagangan dengan Amerika, yang telah dicapai dengan susah payah pada Januari tahun ini, setelah hampir 2 tahun perang perdagangan. Oleh sebab itu, kedudukan "anti-Cina" Washington yang terlalu agresif dalam isu pandemik COVID-2019 disebutkan. Beijing akan menamatkan perjanjian sebelumnya dan menandatangani perjanjian baru dengan syarat yang lebih baik. Dilaporkan bahawa dalam versi perjanjian saat ini, ada klausa "mengenai force majeure", yang akan disebut oleh Beijing. Menurut pakar China, Amerika Syarikat tidak akan dapat meneruskan perang perdagangan dengan China sekarang, memandangkan kedalaman kemelesetan ekonomi mereka. Maklumat ini telah sampai kepada Donald Trump, yang mengulas: "Saya juga mendengar bahawa mereka ingin kembali ke rundingan untuk mencapai kesepakatan yang lebih menguntungkan bagi mereka sendiri. Walau bagaimanapun, kami menandatangani perjanjian itu dan AS tidak akan mengulasnya."

Sekiranya Beijing benar-benar melanggar perjanjian semasa, maka ia akan memberi tamparan bukan hanya kepada ekonomi Amerika, yang, seperti yang telah kita lihat, akan menderita lebih teruk daripada yang berlaku di China tetapi juga kepada Donald Trump secara peribadi. Bagaimanapun, sebenarnya Trump menghabiskan dua tahun untuk merundingkan syarat perdagangan yang lebih baik untuk Amerika dengan China. Sekarang, ketika Trump telah kehilangan truf seperti kadar pengangguran yang rendah, pemulihan ekonomi yang kuat dan pasaran buruh yang kuat, penamatan perjanjian dengan China dapat menurunkan kedudukan politiknya. Apa yang akan Trump dapat katakan semasa kempen pilihan raya kepada rakyat Amerika dalam kes ini? Apa yang beliau telah lakukan sepanjang penggal menjadi presiden. Menyalahkan mantan presiden, China, Jerome Powell, Demokrat, Joe Biden, dan siapa saja yang terlibat untuk masalah Amerika. Walau bagaimanapun, mana-mana orang boleh mempercayai maklumat seperti ini, tetapi hanya untuk waktu tertentu. Cepat atau lambat, persoalan akan muncul, mengapa sebenarnya semasa pemerintahan Trump mengalami banyak masalah, dan bukannya pertumbuhan ekonomi yang dijanjikan, negara itu berdepan dengan Kemelesatan Besar kedua? Walau bagaimanapun, rakyat Amerika hanya ingin hidup dengan baik, seperti orang lain di planet ini. Sekiranya kerajaan sekarang tidak berupaya untuk menangani permasalahan ini, maka rakyat perlu memilih calon lain. Oleh itu, China inilah yang akhirnya dapat membunuh semua harapan Donald Trump untuk pemilihan semula. Sudah tentu, walaupun ini hanya khabar angin, namun, anda akan bersetuju bahawa "kalau tak ada angin, masakan pokok bergoyang".

Pada Rabu, 13 Mei, UK dijadualkan akan mengeluarkan laporan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bulanan bagi bulan Mac, KDNK awal untuk suku pertama, dan juga pengeluaran perindustrian. Sangat mudah untuk meneka bahawa semua indikator ini akan mencatatkan penurunan, begitu juga dengan yang lain, oleh itu, peniaga tidak boleh menunggu berita positif pada hari ini. Menurut ramalan pakar, KDNK UK pada bulan Mac mungkin menurun dengan ketara sebanyak 8%, dan pada suku pertama - 2.1% pada asas tahunan dan 2.5% pada suku tahun. Pengeluaran perindustrian mungkin jatuh 9.3% y/y dan 5.6% m/m pada bulan Mac. Kami percaya bahawa peserta pasaran akan terus mengabaikan sebarang maklumat makroekonomi. Pada masa ini, ini juga kerana keadaan buruk di Britain dan AS. Mata wang AS mengukuh semula berbanding pound Britain semalam, walaupun terdapat laporan mengenai inflasi yang lemah di Amerika Syarikat. Oleh itu, kami percaya bahawa faktor teknikal tetap di tempat pertama ketika menentukan arah aliran dan meramalkan pergerakan harga yang selanjutnya. Perlu ditambah bahawa pada semalam, UK secara rasmi menduduki kedudukan teratas Eropah dalam jumlah kes positif "coronavirus", mengatasi Itali dan Sepanyol, serta tempat pertama dalam jumlah "kematian" di Eropah, yang jelas tidak menambah kepada keyakinan pembeli pound Britain.

Gambaran Pasangan Mata Wang GBP/USD pada 13 Mei, 2020. China mungkin akan menamatkan perjanjian perdagangan dengan AS dan akhirnya menguburkan semua peluang pemilihan semula Donald Trump.

Purata volatiliti bagi pasangan mata wang GBP/USD telah meningkat sedikit dalam beberapa hari kebelakangan ini dan kini 125 mata. Untuk pound, ia tidak terlalu banyak, dan belum ada tanda-tanda peningkatan volatiliti yang serius. Pada Rabu, 13 Mei, kami menjangkakan pergerakan harga dalam saluran, dihadkan oleh tahap 1.2146 dan 1.2396. Pembalikan menaik indikator Heiken Ashi akan menunjukkan pusingan pergerakan menaik yang baru.

Tahap sokongan paling hampir:

S1 - 1.2329

S2 - 1.2268

S3 - 1.2207

Tahap rintangan paling hampir:

R1 - 1.2390

R2 - 1.2451

R3 - 1.2512

Cadangan Perdagangan:

Pasangan mata wang GBP/USD meneruskan pergerakan menurun pada carta 4 jam. Oleh itu, secara teknikalnya, mengambil pesanan menjual dengan sasaran masing-masing terletak pada tahap 1.2268 dan 1.2207 pada masa ini adalah relevan, tetapi momentum menurun mungkin akan berakhir pada bila-bila masa. Mengenai pendekatan ke sempadan bawah saluran mendatar, kami percaya bahawa adalah tidak disyorkan kepada para pedagang untuk menjual pasangan ini. Para pedagang disyorkan untuk mengambil pesanan membeli pasangan maat wang Pound/Dolar AS sebelum harga ditetapkan di atas Moving Averages (MA) dengan sasaran pertama pada tahap 1.2450 dan 1.2512.

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan