logo

FX.co ★ Ramalan Perdagangan Pasangan Mata Wang USD/JPY untuk 12 Mei, 2020

Ramalan Perdagangan Pasangan Mata Wang USD/JPY untuk 12 Mei, 2020

Pasangan Mata Wang USD/JPY

Pasangan mata wang USD/JPY menyaksikan peningkatan sebanyak 100 mata pada Isnin susulan pengukuhan Dolar AS secara umum, pertumbuhan pasaran saham yang tidak menentu dan optimisme pelabur terhadap langkah penarikan semula perintah berkurung di Eropah dan Amerika Syarikat (AS). Harga mencapai 'embedded line' pada saluran harga dan garis penunjuk MACD di persimpangan pada carta harian, yang juga merupakan tahap rintangan teknikal yang kuat.

Ramalan Perdagangan Pasangan Mata Wang USD/JPY untuk 12 Mei, 2020

Keadaan yang tidak menguntungkan di pasaran saham itu sendiri boleh menjadi faktor berlakunya pembalikan harga. Indeks AS ditutup bercampur-campur pada semalam: S&P 500 0.01%, Dow Jones -0.45%, Nasdaq 0.78%, Russell 2000 -0.32%. S&P 500 mencapai pertumbuhan tertinggi pada 29 April dan masih belum berjaya untuk mengatasinya. Dalam sesi dagangan Asia, Nikkei 225 jatuh -0.30%. Jelas sekali, untuk pembelian yakin pasangan mata wang USD/JPY dengan mensasarkan ke tahap 111.50, anda harus menunggu S&P 500 meninggalkan kawasan di atas tahap tinggi 29 April pada 2954.86. Pada Isnin, sebut harga ditutup pada 2930.19.

Garis isyarat Marlin Oscillator berada sedikit di atas sempadan wilayah pertumbuhan. Sekiranya harga "menunduk" sedikit, Marlin dapat kembali ke zon negatif, yang akan menjadi asas bagi harga untuk kembali ke tahap 106.60.

Ramalan Perdagangan Pasangan Mata Wang USD/JPY untuk 12 Mei, 2020

Keadaan pasaran benar-benar meningkat pada carta empat jam: harga kini berada di atas garis indikator, Marlin berada di zon pertumbuhan. Syarat penurunan harga adalah apabila harga mencapai tahap 106.90 pada garis MACD. Tidak ada isyarat untuk pembalikan harga pada carta 4 Jam, namun isyarat pembalikan ini dilihat pada carta Harian.

Oleh yang demikian, para pedagang disarankan untuk menunggu - secara langsung pada carta harga, anda perlu menunggu harga meningkat di atas tahap 107.78, atau turun ke tahap 106.90. Dan penembusan harga di atas tahap 107.78 mesti disertai dengan penembusan tahap tinggi 29 April di pasaran saham.

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan