logo

FX.co ★ Pelan dagangan pasangan mata wang EURUSD pada 25 November 2021

Pelan dagangan pasangan mata wang EURUSD pada 25 November 2021

Pelan dagangan pasangan mata wang EURUSD pada 25 November 2021

Tinjauan teknikal:

Pasangan mata wang EURUSD berkemungkinan telah mengukir bahagian bawah yang bermakna sekitar tahap rendah 1.1186 pada Rabu atau ia boleh membentuk bahagian bawah tidak lama lagi. Pasangan mata wang tunggal ini telah melantun lebih tinggi melalui zon 1.1225-30 sewaktu penulisan artikel dan melanjutkan pertumbuhan ke tahap lebih tinggi. Kenaikan harga telah berjaya melindungi sokongan sekitar tahap 1.1160 seperti yang ditunjukkan pada carta harian buat masa ini.

Rintangan harga serta-merta dilihat sekitar tahap 1.1385 manakala sokongan masing-masing berada pada tahap 1.1160 pada carta harian. Penembusan harga di atas 1.1385 akan mengesahkan bahawa kenaikkan kembali dalam kawalan dan bersedia untuk mensasarkan harga ke tahap rintangan 1.1700. Kebarangkalian tinggi kekal untuk pembalikan arah aliran menaik dari sini kerana ia berada di sekitar anjakan semula Fibonacci 0.618 bagi keseluruhan rali antara tahap 1.0636 dan 1.2350.

Struktur keseluruhan terus kekal menaik sehingga harga kekal diniagakan di atas tahap 1.1000, iaitu anjakan semula fibonacci 0.786 pada rali menaik. Corak candlestick pembalikan kenaikkan di sini, akan menjadi lebih menggalakkan untuk menolak harga diniagakan lebih tinggi.

Pelan dagangan:

Berpotensi untuk melonjak naik melalui tahap 1.2350, berbanding 1.1100-1.1150

Semoga berjaya!

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan