logo

FX.co ★ 24 November, 2021 : Ulasan teknikal harian dan peluang dagangan untuk pasangan mata wang EUR/USD.

24 November, 2021 : Ulasan teknikal harian dan peluang dagangan untuk pasangan mata wang EUR/USD.

24 November, 2021 : Ulasan teknikal harian dan peluang dagangan untuk pasangan mata wang EUR/USD.

Baru-baru ini, penurunan harga ynag berterusan di bawah zon harga yang digambarkan pada tahap 1.1990 telah menunjukkan pergerakan menurun selanjutnya ke arah 1.1840 dan 1.1780 di mana julat penyatuan mendatar telah ditubuhkan.

Pada minggu lepas, pasangan mata wang EURUSD ini telah terperangkap dalam julat penyatuan yang sempit di antara tahap harga 1.1780 dan 1.1840. Penembusan kenaikan harga telah dilaksanakan di atas tahap 1.1840 sejurus selepas itu.

Penarikan semula Kenaikan Sementara diramalkan ke arah tahap 1.1990. Walau bagaimanapun, penutupan semula di bawah paras harga 1.1840 telah memulakan satu lagi pergerakan menurun ke arah 1.1780 yang gagal untuk melindungi harga untuk tempoh yang singkat sebelum pergerakan menaik yang ketara berlaku dalam pasaran.

Pedagang urusniaga harian dinasihatkan untuk menunggu penutupan graf lilin di atas tahap 1.1780 - 1.1840 untuk satu lagi ayunan menaik dimulakan. Walau bagaimanapun, tekanan penjualan menurun serta-merta membawa pasangan mata wang ini turun di bawah 1.1700.

Lebih banyak pergerakan menurun berlaku ke arah tahap harga 1.1600 di mana penolakan kenaikan harga sementara telah dikekalkan untuk beberapa waktu.

Tidak lama selepas itu, harga Pasaran merosot di bawah tahap 1.1700 dan 1.1600. Ini telah menyebabkan harga diniagakan lebih rendah lagi ke arah 1.1500.

Pada masa ini, zon harga sekitar tahap 1.1500 kekal berperanan sebagai zon bekalan ketara untuk diperhatikan untuk tekanan kemasukan pesanan MENJUAL dan kemungkinan Kemasukan MENJUAL sebaik sahaja pada pergerakan menaik yang akan datang.

Selain itu, adalah tidak digalakkan untuk menambah kemasukan pesanan MENJUAL baharu kerana pasangan mata wang ini sudah kelihatan terlebih jualan (oversold).

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan