logo

FX.co ★ Pelan Dagangan Pasangan Mata Wang EURUSD pada 20 Oktober, 2021

Pelan Dagangan Pasangan Mata Wang EURUSD pada 20 Oktober, 2021

Pelan Dagangan Pasangan Mata Wang EURUSD pada 20 Oktober, 2021

Gambaran teknikal:

Pasangan mata wang EURUSD nampaknya telah berjaya membentuk tahap tinggi sementara 1.1570 pada Selasa. Pasangan mata wang tunggal ini telah kembali diniagakan ke tahap 1.1645 sewaktu penulisan artikel ini dan ia dijangka akan berlanjutan. Sokongan Urusniaga Harian dilihat di sekitar tahap 1.1570-90, yang juga hampir dengan Anjakan Semula Fibonacci 0.618 pada kenaikan baru-baru ini di antara tahap 1.1524 dan 1.1670.

Pasangan mata wang EURUSD telah jatuh di bawah sokongan November 2020 di sekitar tahap 1.1600, dan oleh itu penarikan semula pembetukan/rali masih mungkin berlaku. Intinya ialah EURO harus berada di atas tahap 1.1524 untuk mengekalkan struktur aliran menaik. Rintangan harga terletak pada tahap 1.1750, diikuti oleh 1.1850 dan lebih tinggi, sementara sokongan berada di sekitar tahap 1.1500.

Pasangan mata wang EURUSD mungkin berada pada tahap penurunan di antara 1.2266 dan 1.1524. Mata wang ini mensasarkan Anjakan Semula fibonacci 0.618 dari sempadan menurun di atas sekitar tahap 1.1950. Aliran menaik bersedia untuk kembali mendominasi dari tahap 1.1570-90, dan mendorong harga mencapai tahap 1.1900-1.2000.

Pelan dagangan:

Kenaikan harga diramalkan ke arah tahap 1.1950 berbanding 1.1500

Semoga berjaya!

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan