logo

FX.co ★ Kenaikan Emas Didorong oleh Inflasi AS yang Lebih Tinggi!

Kenaikan Emas Didorong oleh Inflasi AS yang Lebih Tinggi!

Emas mencatatkan kenaikan harga yang luar biasa semalam setelah CPI AS berada di atas jangkaan. Emas telah mengambil keuntungan dari penjualan Indeks Dolar. Pasangan XAU/USD meningkat lebih tinggi daripada 2% dalam sesi dagangan semalam.

Ia diniagakan pada tahap 1,790.47, di bawah tahap tinggi semalam pada 1,796.24. Secara teknikalnya, kadar telah mencapai tahap rintangan, halangan untuk kenaikan harga, oleh yang demikian, penarikan semula harga yang kecil adalah diramalkan. Penurunan sementara dapat membantu kita untuk mencapai momentum kenaikan baru.

Tuntutan Feadah Pengangguran, PPI, Teras PPI AS berpotensi untuk menyebabkan lebih banyak tindakan terhadap komoditi ini. Juga, esok, AS akan melepaskan data penjualan runcitnya. Beberapa angka ekonomi yang lemah pada akhir minggu cenderung untuk meningkatkan pertumbuhan pasangan XAU/USD.

Pasangan XAU/USD Mencapai Rintangan Dinamik!

Kenaikan Emas Didorong oleh Inflasi AS yang Lebih Tinggi!

Pasangan XAU/USD mengukuh setelah ia menutup di atas titik pivot mingguan (1,761.52). Seperti yang telah anda ketahui dari analisis saya, harga emas boleh melonjak lebih tinggi selagi ia berada di atas sokongan statik 1.750 dan selagi ia berada di dalam badan pitchork menaik.

Seperti yang dapat anda lihat, pasangan XAU/USD telah mencapai Sliding Line (SL) pada pitchfork menaik yang mewakili rintangan dinamik. Ia gagal mencapai R1 mingguan (1,796.91) tetapi saya percaya bahawa harga akan menghampiri dan menemui halangan ini tidak lama lagi.

Ia adalah terperangkap di antara Sliding Line (SL) dalaman dan Lower Median Line (LML) pada pitchfork menaik. Penurunan sementara, pengunduran harga ke arah 1,781.40, tahap tinggi sebelumnya, berpotensi untuk menawarkan peluang kemasukan pesanan membei yang besar. Kenaikan pasangan XAU/USD sah selagi ia berada di dalam badan pitchfork menaik.

Tinjauan Emas!

Kembali semula untuk menguji tahap 1,781.40 atau pengukuhan dalam jangka pendek boleh menawarkan peluang kemasukan pesanan membeli baru. Penembusan harga yang sah melalui Sliding Line (SL) akan mengisyaratkan pertumbuhan yang kuat ke arah corak harga tinggi yang lebih tinggi (HH) pada 1.834 dan ke Median Line (ML).

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan