logo

FX.co ★ Selepas pembetulan kecil (semakan pasangan mata wang EUR / USD dan GBP / USD pada 12/16/2019)

Selepas pembetulan kecil (semakan pasangan mata wang EUR / USD dan GBP / USD pada 12/16/2019)

Sudah tentu, tiada siapa yang meragui selepas menunjukkan pergerakan harga yang menarik dalam keadaan semasa, disebabkan oleh kejayaan Boris Johnson pada pilihan raya parlimen awal di UK, pembalikan harga tidak dapat dielakkan untuk berlaku. Walau bagaimanapun, perkara yang lucu ialah jika pound secara teknikal melakukan pembalikan semula dengan tepat pada separuh pergerakan sebelumnya, maka mata wang tunggal Eropah berjaya menutup harga di kawasan merah pada penghujung hari. Untuk beberapa tahap, ini adalah disebabkan oleh fakta, tidak kira bagaimana media massa dan maklumat disiplin dunia merangkumi peritiwa ini, pilihan raya parlimen sebahagian besarnya adalah perkara dalaman United Kingdom semata-mata. Sudah tentu, ini akan memberi kesan kepada Kesatuan Eropah, tetapi masih tidak sama seperti di UK. Oleh itu, sebaik sahaja emosi agak tenang, mata wang tunggal Eropah akan melakukan pergerakan menurun dengan lebih aktif.

Selepas pembetulan kecil (semakan pasangan mata wang EUR / USD dan GBP / USD pada 12/16/2019)

Pada masa yang sama, pound masih bernasib baik kerana fakta bahawa tiada data makroekonomi dikeluarkan di UK, oleh itu ia terpaksa bergantung pada statistik Amerika. Walau bagaimanapun, latar belakang emosi begitu kuat sehingga pound tidak menyaksikan percepatan penjualan runcit di Amerika Syarikat dari 3.2% hingga 3.3%. Walau bagaimanapun, ia boleh menolak fakta ini juga sebab mereka meramalkan percepatan kepada 3.4%, supaya data ternyata lebih buruk daripada ramalan.

Jualan Runcit (Amerika Syarikat):

Selepas pembetulan kecil (semakan pasangan mata wang EUR / USD dan GBP / USD pada 12/16/2019)

Walau bagaimanapun, walaupun percepatan yang lebih perlahan dalam jualan runcit di Amerika Syarikat tidak menyelamatkan mata wang tunggal Eropah. Lagipun, jualan runcit masih berkembang dengan gabungan inflasi. Oleh itu pada umumnya, keadaan ekonomi Amerika jelas menunjukkan peningkatan, yang tidak boleh dikatakan mengenai Kesatuan Eropah. Khususnya, penurunan harga borong di Jerman meningkat dari -2.3% kepada -2.5%, dimana secara tidak langsung akan menjejaskan inflasi secara amnya. Selain itu, sejak Jerman merupakan pembekal utama barangan di pasaran Eropah di seluruh Eropah. Dari mana, kebanyakkan pedagang Eropah membeli barangan dari pemborong Jerman. Di samping itu, sehingga baru-baru ini, pesanan pengeluaran di Itali menunjukkan peningkatan sebanyak 0.2%, kini telah mencatat penurunan sebanyak 1.5%. Kini, hanya Sepanyol yang dapat bergembira kerana inflasi mencatat peningkatan dari 0.1% kepada 0.4%.

Indeks Harga Borong (Jerman):

Selepas pembetulan kecil (semakan pasangan mata wang EUR / USD dan GBP / USD pada 12/16/2019)

Hari ini, mata wang tunggal Eropah akan mempunyai setiap sebab untuk pertumbuhan tidak wajar, iaitu apa yang sudah dilakukan. Sebabnya akan menjadi data awal mengenai indeks aktiviti perniagaan, yang sepatutnya menunjukkan pertumbuhan. Secara khususnya, indeks aktiviti perniagaan dalam sektor perkhidmatan boleh berkembang dari 51.9 ke 52.0, dan indeks pengeluaran, dari 46.9 ke 47.3. Akibatnya, indeks komposit aktiviti perniagaan harus berkembang dari 50.6 hingga 50.7. Apa yang penting ialah Jerman, ekonomi terbesar di kawasan euro, harus menunjukkan pertumbuhan aktiviti perniagaan yang cukup mengagumkan. Oleh itu, peningkatan indeks aktiviti perniagaan dalam sektor perkhidmatan dijangka dari 51.7 hingga 52.0. Sebaliknya, indeks aktiviti perniagaan dalam sektor perkilangan boleh meningkat daripada 44.1 kepada 44.5. Akibatnya, indeks aktiviti perniagaan komposit kemungkinan meningkat dari 49.4 ke 49.9. Oleh itu, ia dijangka akan melebihi 50.0 mata tidak lama lagi. Di samping itu, Itali menjangka inflasi akan meningkat daripada 0.2% kepada 0.4%. Walau bagaimanapun, satu-satunya faktor negatif mungkin akan dijangka perlambatan pertumbuhan gaji di Eropah, dari 2.7% hingga 2.6%. Kemungkinan besar, fakta ini akan menghentikan pertumbuhan mata wang tunggal Eropah, kerana data ini akan dikeluarkan kemudian.

Indeks Aktiviti Perniagaan Komposit (Eropah):

Selepas pembetulan kecil (semakan pasangan mata wang EUR / USD dan GBP / USD pada 12/16/2019)

Keadaan yang sama adalah mungkin dengan pound, kerana UK turut dijangkan untuk meningkatkan indeks kegiatan perniagaan. Data awal mungkin menunjukkan peningkatan dalam indeks aktiviti perniagaan dalam sektor perkhidmatan dari 49.3 ke 49.6. Pada masa yang sama, indeks aktiviti perniagaan dalam sektor perkilangan boleh meningkat daripada 48.9 kepada 49.4. Akibatnya ini perlu meningkatkan indeks aktiviti perniagaan komposit dari 49.3 ke 49.6. Oleh itu, mereka sedang menunggu peningkatan sentimen perniagaan di United Kingdom.

Selepas pembetulan kecil (semakan pasangan mata wang EUR / USD dan GBP / USD pada 12/16/2019)

Walau bagaimanapun, ramalan tersebut adalah bertentangan dengan Amerika Syarikat. Secara khususnya, indeks aktiviti perniagaan dalam sektor perkhidmatan mungkin menunjukkan penurunan dari 51.6 ke 51.4. Dalam sektor pembuatan, penurunan dijangka daripada 52.6 kepada 52.4. Oleh itu, indeks aktiviti perniagaan komposit dijangka menurun dari 52.0 ke 51.9. Walaupun, memandangkan berapa indeks dalam sektor perkhidmatan dan sektor perkilangan harus menurun, indeks komposit kemungkinan akan berkurangan sedikit lebih daripada yang diramalkan.

Indeks Aktiviti Perniagaan Komposit (Amerika Syarikat):

Selepas pembetulan kecil (semakan pasangan mata wang EUR / USD dan GBP / USD pada 12/16/2019)

Jangan terkejut jika mata wang tunggal Eropah akan berkembang menjadi 1.1175 di bawah pengaruh semua faktor di atas.

Selepas pembetulan kecil (semakan pasangan mata wang EUR / USD dan GBP / USD pada 12/16/2019)

Potensi pertumbuhan pound jelas terhad disebabkan oleh overbought yang berterusan. Walau bagaimanapun, data hari ini masih akan memihak kepada pertumbuhannya, walaupun ia akan terhad. Kemungkinan besar, pound tidak dapat menunjukkan kenaikan harga di atas 1.3425.

Indeks Aktiviti Perniagaan Komposit (UK):

Selepas pembetulan kecil (semakan pasangan mata wang EUR / USD dan GBP / USD pada 12/16/2019)

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan