logo

FX.co ★ GBP/USD: Pelan Perdagangan Sesi Eropah untuk 12 Disember. Hari X untuk Pound British, politik dan ekonomi UK

GBP/USD: Pelan Perdagangan Sesi Eropah untuk 12 Disember. Hari X untuk Pound British, politik dan ekonomi UK

Untuk mengambil pesanan membeli pasangan mata wang GBP/USD, anda perlu:

Oleh itu, kami sedang menunggu saat ini apabila nasib politik dan ekonomi Great Britain, serta Pound British, boleh diputuskan dalam tempoh satu hari. Pilihanraya umum UK untuk Parlimen akan diadakan pada hari ini, di mana kemenangan Parti Konservatif akan memungkinkan untuk menyekat dari EU. Bagi cadangan perdagangan, sukar untuk meramalkan sesuatu. Adalah lebih baik untuk menangguhkan pembelian pound sehingga keputusan diumumkan, atau mempertimbangkan pesanan selepas pembetulan harga ke arah utama 1.3108, 1.3049 dan 1.2988. Sekiranya aliran menaik terus menolak pasangan mata wang ini, maka tahap rintangan yang besar dapat dilihat pada tahap 1.3316, 1.3375 dan 1.3437, di mana saya mencadangkan kepada para pedagang untuk pengambilan keuntungan. Tidak masuk akal untuk bergantung pada laporan AS pada hari ini, sebagaimana ia akan diabaikan oleh pasaran.

Untuk mengambil pesanan menjual pasangan mata wang GBP/USD, anda perlu:

Penjual Pound akan bergantung kepada kemenangan Parti Buruh, yang akan melemahkan kedudukan pound British dalam dagangan jangka pendek, atau pada kemenangan Parti Konservatif, yang tidak akan dapat memperoleh semula majoriti di Parlimen, meninggalkan keadaan seperti sebelum pilihan raya. Tekanan pada pound akan kembali di bawah keadaan ini. Penembusan harga di bawah tahap sokongan 1.3161 akan mmbolehkan harga menembusi pesanan Stop dan menolak pasangan mata wang GBP/USD ke kawasan rendah 1.3108 dan 1.3049, di mana saya mencadangkan untuk pengambilan keuntungan. Sekiranya pasangan mata wang ini diniagakan dalam aliran menaik, adalah lebih baik untuk mengambil pesanan membeli pound selepas mengemas kini tahap tinggi pada tahap 1.3316, 1.3375 dan 1.3437.

Isyarat Indikator:

Moving Averages

Pasangan mata wang ini berdagang di atas Moving Averages (MA) 30 dan 50, yang menunjukkan pertumbuhan Pound yang lebih tinggi.

Bollinger band

Jika pound diniagakan dalam aliran menurun, sokongan akan diberikan oleh sempadan lebih rendah indikator pada tahap 1.3130.

GBP/USD: Pelan Perdagangan Sesi Eropah untuk 12 Disember. Hari X untuk Pound British, politik dan ekonomi UK

Penerangan indikator

  • Moving average (moving average menentukan arah aliran semasa dengan volatiliti perlahan dan pantas). Tempoh 50. Grafik ditandakan dengan kuning.
  • Moving average (moving average menentukan arah aliran semasa dengan volatiliyi perlahan dan pantas). Tempoh 30. Grafik ditandakan hijau.
  • Indikator MACD (Moving average Convergence/ Divergence - Moving average convergence/ DIvergence). Masa Cepat EMA 12. Masa perlahan EMA 26. Tempoh SMA 9.
  • Bollinger Bands (Bollinger Bands). Tempoh 20.
*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan