logo

FX.co ★ Analisis teknikal pasangan mata wang EUR/USD pada 23 September, 2021

Analisis teknikal pasangan mata wang EUR/USD pada 23 September, 2021

Gambaran Teknikal Pasaran

Pasangan mata wang EURUSD telah membentuk corak harga rendah yang lebih rendah pada tahap 1.1684 setelah keputusan FOMC dibuat. Ini adalah merupakan corak harga rendah yang lebih rendah kelima berturut-turut, oleh yang demikian, pergerakan menurun terus dilakukan. Sasaran seterusnya untuk penurunan harga dilihat pada tahap 1.1683 dan 1.1665. Sebarang penembusan harga pada tahap yang terakhir akan meningkatkan penjualan ke tahap 1.1665, yang merupakan tahap rendah bulan lalu. Semnetara rintangan teknikal paling hampir dilihat pada tahap 1.1751 dan 1.1730. Momentum pasaran yang lemah dan negatif telah menyokong prospek penurunan harga jangka pendek untuk EUR walaupun keadaan pasaran kini terlebih julaan (oversold) pada carta 4 Jam.

Pivot Point (PP) Mingguan:

WR3 - 1.1907

WR2 - 1.1876

WR1 - 1.1786

Pivot Mingguan - 1.1754

WS1 - 1.1665

WS2 - 1.1630

WS3 - 1.1543

Tinjauan Perdagangan:

Pasaran dikendalikan oleh penawaran yang mungkin mendorong harga untuk diniagakan lebih rendah menuju ke arah sokongan teknikal utama yang terletak pada tahap 1.1599. Dijangkakan bahawa akan berlaku lantunan harga pada tahap ini, tetapi peningkatan terakhir dari corak Falling Wedge gagal. Tren kenaikan harga cenderung untuk dilanjutkan menuju sasaran jangka panjang berikutnya yang terletak pada tahap 1.2350 (tahap tinggi dari 06.01.2021) hanya sekiranya senario kitaran kenaikkan harga disahkan oleh penembusan harga di atas tahap 1.1909 dan 1.2000.

Analisis teknikal pasangan mata wang EUR/USD pada 23 September, 2021

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan