Gambaran Teknikal Pasaran
Pasangan mata wang EUR/USD telah mencapai tahap 1.1705 dan ketika ini ia dilihat sedang berusaha untuk melonjak ke tahap 1.1751. Sasaran seterusnya untuk penurunan harga dilihat pada tahap 1.1695. Sebarang penembusan harga akhir akan meningkatkan penjualan ke tahap 1.1665, yang merupakan tahap rendah bulan lalu. Rintangan teknikal paling hampir didapati terletak pada tahap 1.1751 dan 1.1730. Momentum pasaran yang lemah dan negatif menyokong prospek penurunan harga jangka pendek untuk mata wang EUR walaupun keadaan pasaran kini terlebih jualan (oversold) pada carta 4 Jam.
Pivot Point (PP) Mingguan:
WR3 - 1.1907
WR2 - 1.1876
WR1 - 1.1786
Pivot Mingguan - 1.1754
WS1 - 1.1665
WS2 - 1.1630
WS3 - 1.1543
Tinjauan dagangan:
Pasaran dikawal oleh penawaran yang mungkin mendorong harga untuk diniagakan lebih rendah ke arah sokongan teknikal utama yang terletak pada tahap 1.1599. Terdapat kemungkinan bahawa lantunan harga akan terbentuk pada tahap ini, tetapi kenaikan terakhir dari pola 'Falling Wedge' gagal. Aliran menaik berkemungkinan besar akan dilanjutkan menuju ke sasaran jangka panjang berikutnya yang terletak pada tahap 1.2350 (tahap tinggi dari 06.01.2021) hanya sekiranya senario kitaran kenaikkan harga disahkan oleh penembusan pasangan mata wang EUR/USD di atas tahap 1.1909 dan 1.2000.