logo

FX.co ★ Analisis indikator awan Ichimoku Emas untuk 8 September 2021.

Analisis indikator awan Ichimoku Emas untuk 8 September 2021.

Harga emas telah memberikan satu lagi isyarat penurunan harga hari ini berdasarkan petunjuk awan Ichimoku. Harga telah menembusi di bawah AS$ 1,800 dan kini didagangkan di bawah awan harian dan 4 jam. Ini adalah isyarat kelemahan dan melainkan sekiranya kenaikan harga berjaya mendapatkan kembali AS$ 1,810 sekurang-kurangnya, mereka akan menghadapi masalah.

Analisis indikator awan Ichimoku Emas untuk 8 September 2021.

Harga emas berada di bawah Kumo Harian (awan). Sokongan kini berada di kijun-sen pada AS$ 1,760. Rintangan oleh awan dan tenkan-sen adalah pada AS$ 1,800- AS$ 1,810. Kenaikan harga perlu menembusi di atas tahap ini supaya trend berubah menjadi seimbang. Hanya penembusan di atas AS$ 1,833 akan menjadi isyarat kenaikkan harga untuk Emas. Emas terdedah kepada pergerakan lebih rendah selagi harga berada di bawah kawasan rintangan AS$ 1,800- AS$ 1,810.

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan