logo

FX.co ★ Isyarat dagangan pasangan mata wang EUR/USD untuk 01 - 02 September, 2021: Buka pesanan menjual di bawah 1.1805 (EMA 200)

Isyarat dagangan pasangan mata wang EUR/USD untuk 01 - 02 September, 2021: Buka pesanan menjual di bawah 1.1805 (EMA 200)

Isyarat dagangan pasangan mata wang EUR/USD untuk 01 - 02 September, 2021: Buka pesanan menjual di bawah 1.1805 (EMA 200)

Semalam, pasangan mata wang EUR/USD telah mencapai tahap tinggi 1.1843 didorong oleh mesej berhati-hati dari Powell dan pesimisme yang mengelilingi dolar AS. Tahap ini adalah bertepatan dengan garis rintangan 4/8 murray. Pada masa ini, pasangan mata wang ini diniagakan di sekitar EMA 200 yang terletak pada tahap 1.1795.

Carta 4 Jam menunjukkan bahawa pasangan mata wang ini kekal di atas semua Moving Average (MA), dengan SMA 21 dan EMA 200, terletak di bawah harga semasa, yang menandakan bahawa Euro berpotensi untuk meneruskan aliran menaik dalam beberapa hari akan datang.

Penembusan harga di bawah 21 SMA dan 200 EMA, yang terletak di sekitar tahap 1.1790, berkemungkinan akan mengubah tren pasaran dan Euro cenderung melemah dan boleh jatuh ke tahap sokongan 0/8 Murray yang terletak pada 1.1718.

Pemulihan harga yang kuat pada pasangan mata wang EUR/USD telah menemui rintangan yang kuat pada 4/8 murray. Tahap ini adalah tahap utama. Oleh itu, penurunan harga ke tahap ini akan menjadi peluang yang baik untuk kemasukan pesanan menjual.

Pasangan mata wang EUR/USD disokong oleh laporan kadar pengangguran Jerman yang mencatatkan bacaan optimis, apabila angka pengangguran menurun kepada 5.5% pada bulan Ogos, sementara indeks harga pengguna zon Eropah disahkan pada 1.6% tahun ke tahun pada bulan Ogos.

Sebaliknya, penyatuan harga di atas 1.1840 cenderung memihak kepada pemulihan euro dengan sasaran seterusnya terletak pada 1.1901, tahap 4 Ogos. Untuk aliran menaik, ia berkemungkinan akan mencapai 4/8 murray pada tahap 1.1962.

Sementara itu, prospek dagangan jangka sederhana untuk pasangan mata wang EUR/USD dilihat memihak kepada sisi negatif, selagi ia kekal di bawah EMA 200 dalam carta harian, yang terletak pada tahap 1.2000, pasangan mata wang EUR/USD dapat meneruskan kejatuhannya. Oleh yang demikian, setiap kali pasangan mata wang EUR/USD menghampiri ke tahap ini, tekanan menurun akan semakin meningkat dan ini merupakan peluang yang baik untuk membuka pesanan menjual.

Tahap Sokongan dan Rintangan untuk 01 - 02 September 2021

Rintangan (3) 1.1962

Rintangan (2) 1.1901

Rintangan (1) 1.184

,----------------------------

Sokongan (1) 1.1795

Sokongan (2) 1.1772

Sokongan (3) 1.1718

***********************************************************

Tip dagangan pasangan mata wang EUR/USD untuk 01 - 02 September 2021

Adalah disyorkan kepada para pedagang untuk membuka pesanan menjual sekiranya berlaku penarikan semula pada tahap 1.1840 (2/8) dengan menetapkan pesanan Take Profit pada tahap 1.1805 dan 1.1772, dan pesanan Stop Loss di atas tahap 1.1875.

Adalah disyorkan kepada para pedagang untuk membuka pesanan menjual sekiranya pasangan mata wang EUR/USD ini berjaya menembusi tahap 1.1795 (EMA 200) dengan menetapkan pesanan Take Profit pada tahap 1.1770 dan 1.1718, dan pesanan Stop Loss di atas tahap 1.1830.

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan