logo

FX.co ★ Aliran menaik pasangan mata wang USDCAD berusaha untuk menguasai pasaran semula

Aliran menaik pasangan mata wang USDCAD berusaha untuk menguasai pasaran semula

Dalam analisis terakhir kami untuk pasangan mata wang USDCAD, kami ada menyebutkan bahawa harga telah menembusi sokongan garis arah aliran. Dan ini berlaku sewaktu penulisan artikel, namun aliran menaik telah membuat kemunculan semula dan ia menyelamatkannya pada penghujung hari. Belum ada penembusan harga yang jelas pada tahap sokongan dan ini menunjukkan bahawa tidak ada isyarat yang jelas untuk kemasukan pesanan menjual.

Aliran menaik pasangan mata wang USDCAD berusaha untuk menguasai pasaran semula

Garis merah - garis tren sokongan

Garis hijau - anjakan semula Fibonacci

Pasangan mata wang USDCAD bergerak di bawah garis arah aliran tetapi pada akhirnya harga masih di atasnya. Kami mungkin hampir dengan penembusan harga dan kemasukan isyarat menjual, namun perkara ini belum dapat dipastikan. Pasangan mata wang USDCAD tetap menyokong di atas garis tren merah. Rintangan didapati terletak pada tahap 1.2705. Aliran menaik perlu menembusi di atas tahap ini untuk terus memboolehkan harga bergerak lebih tinggi dan mengelakkan bahaya perubahan tren.


*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan