logo

FX.co ★ Isyarat dagangan pasangan mata wang GBP/USD pada 13 - 16 Ogos, 2021: Buka pesanan membeli di atas tahap 1.3793

Isyarat dagangan pasangan mata wang GBP/USD pada 13 - 16 Ogos, 2021: Buka pesanan membeli di atas tahap 1.3793

Isyarat dagangan pasangan mata wang GBP/USD pada 13 - 16 Ogos, 2021: Buka pesanan membeli di atas tahap 1.3793

Carta satu jam menunjukkan bahawa pasangan mata wang GBP/USD kini diniagakan dalam saluran aliran menurun, setelah menembusi sokongan kuat pada garis Murray 2/8. Ini telah menyebabkan pasangan mata wang GBP/USD membuat lantunan semula teknikal kecil.

Pada Rabu, pound Britain mempunyai momentum kenaikan dari tahap 1.3800, ketika mencapai garis bawah saluran penurunan harga, dan menembusi tahap 1.3880 pada EMA 200, yang pada masa itu bertindak sebagai penghalang. Ini berlaku di tengah-tengah pengumuman laporan CPI, yang menyebabkan dolar AS jatuh dengan mendadak dan menawarkan momentum kenaikan harga untuk pasangan mata wang GBP/USD.

Pound Britain berkemungkinan besar akan berdepan dengan kecenderungan penurunan harga jangka pendek, sebagaimana ia kini berdagang di bawah EMA 200 dan SMA 21, walau bagaimanapun, ia kini dikawal oleh sokongan 2/8 murray yang terletak pada tahap 1.3793, yang berpotensi untuk menghentikan kejatuhan pasangan mata wang ini.

Penyatuan harga di bawah 2/8 murray akan meningkatkan tekanan penurunan harga, walau bagaimanapun masih terdapat kebarangkalian untuk harga membuat lantunan semula teknikal pada tahap 1.3772, kerana garis bawah saluran penurunan terletak di sana. Tahap ini dapat dianggap sebagai peluang untuk membuka pesanan membeli, hanya sekiranya tahap ini dilihat bertindak sebagai sokongan.

Di United Kingdom, laporan mengenai pengeluaran perindustrian untuk bulan Jun sekali lagi menunjukkan kenaikan (0.7%) yang melebihi jangkaan (0.3%). Anggaran awal untuk Keluarkan Dalam Negara Kasar (KDNK) untuk suku kedua keluar seperti yang diharapkan - 4.8%. Walaupun terdapat data yang positif, pound Britain berada di bawah tekanan penurunan harga dan buat masa ini tidak ada sebarang tanda-tanda lantunan semula harga yang berterusan.

Bacaan indikator teknikal Eagle yang mengukur jumlah dan kekuatan relatif pasaran menunjukkan isyarat kenaikan harga. Oleh itu, sebarang kenaikan harga ke arah tahap sokongan 1.3793 atau 1.3772, akan menjadi peluang untuk para pedagang membuka pesanan membeli dengan sasaran masing-masing ditetapkan pada EMA 200, iaitu pada tahap 1.3877.

Tahap Sokongan dan Rintangan untuk 13 - 16 Ogos 2021

Rintangan (3) 1.3877

Rintangan (2) 1.3852

Rintangan (1) 1.3822

----------------------------

Sokongan (1) 1.3768

Sokongan (2) 1.3739

Sokongan (3) 1.3684

***********************************************************

Tip dagangan pasangan mata wang GBP/USD pada 13 - 16 Ogos 2021

Para pedagang disyorkan untuk membuka pesanan membeli di atas tahap 1.3793 (2/8), dengan menetapkan pesanan Take Profit masing-masing pada tahap 1.3850 dan 1.3877 (EMA 200), sementara pesanan Stop Loss di tetapkan di bawah tahap 1.3757.

Para pedagang disyorkan untuk membuka pesanan membeli sekiranya berlaku lantunan semula harga padatahap 1.3772 (garis aliran), menetapkan pesanan Take Profit pada tahap 1.3850 dan 1.3877 (EMA 200), sementara pesanan Stop Loss di tetapkan di bawah tahap 1.3735.

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan