logo

FX.co ★ Pelan Dagangan Indeks Dolar AS pada 12 Ogos, 2021

Pelan Dagangan Indeks Dolar AS pada 12 Ogos, 2021

Pelan Dagangan Indeks Dolar AS pada 12 Ogos, 2021

Gambaran teknikal:

Indeks Dolar AS mungkin sudah bersedia untuk turun sehingga ke tahap 90.90 sebelum meneruskan kenaikan ke arah tahap 96.00 dan lebih tinggi. Aliran menaik berjaya menghasilakn rali yang ketara di antara 89.50 dan 93.19 dalam beberapa minggu terakhir. Indeks mungkin menelusuri semula keseluruhan sempadan dan turun melalui tahap fibonacci 0,618, yang juga melewati tahap 90.90 (tidak ditunjukkan di sini).

Indeks Dolar AS berkemungkinan besar akan diniagakan di sekitar tahap 92.90 sewaktu penulisan artikel ini. Aliran menurun mungkin akan mendominasi semula pasaran untuk beberapa sesi dagangan. Pembetulan menurun trend kaunter akan dipercepatkan pada penembusan harga di bawah tahap sokongan sementara 92.00. Rintangan segera dilihat terletak pada tahap 93.20, sementara sokongan di sekitar tahap 91.75/80.

Indeks secara struktural berada dalam aliran menurun dari tahap tinggi 103.00 pada bulan Mac 2020. Rali baru-baru ini dari tahap rendah 89.20 berkembang menjadi 3 gelombang pembetulan dan berpotensi untuk mencapai tahap 96.00. Trend menurun keseluruhan mungkin disambung semula selepas itu.

Pelan dagangan:

Kekal pada kenaikkan harga, dengan menetapkan pesanan Stop Loss pada tahap 89.50, sementara sasaran ditetapkan pada tahap 96.00 (jangka sederhana)

Untuk dagangan jangka pendek, kekal pada aliran menurun dengan sasaran terletak pda tahap 90.90.

Semoga berjaya!

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan