logo

FX.co ★ 3 Ogos, 2021 : Analisis Teknikal Urusniaga Harian dan Tahap Utama Pasangan Mata Wang GBP/USD

3 Ogos, 2021 : Analisis Teknikal Urusniaga Harian dan Tahap Utama Pasangan Mata Wang GBP/USD

3 Ogos, 2021 : Analisis Teknikal Urusniaga Harian dan Tahap Utama Pasangan Mata Wang GBP/USD

Sejak bulan Mac, pasangan mata wang GBPUSD telah diniagakan mendatar dalam julat penyatuan luas di antara tahap 1.3670 hingga 1.4250 yang bertindak sebagai BEKALAN ketara sekaligus menghalang kenaikan harga yang lebih tinggi.

Sementara itu, pasangan mata wang GBPUSD telah dihalang di atas tahap permintaan (1.3660) beberapa kali sementara penembusan harga di bawah tahap 1.3600 diperlukan untuk mendorong kejatuhan harga yang selanjutnya.

Baru-baru ini, Kegagalan pasangan mata wang GBPUSD untuk mengekalkan tekanan menurun di bawah tahap 1.3670 (Tahap Fibonacci 100%) telah mendorong pergerakan kenaikan harga untuk menguji semula tahap harga 1.3880. Kesinambungan kenaikan harga yang selanjutnya dijangka menuju ke arah tahap 1.4025.

Penting untuk dinyatakan bahawa kenaikan harga semasa telah dimulakan sekitar tahap 1.3570 di mana pasangan mata wang GBPU/USD memperoleh sokongan kenaikkan harga awal bulan lalu.

Pada masa ini, tahap BEKALAN paling hampir terletak di sekitar tahap 1.4025 di mana penolakan menurun dan kemasukan pesanan MENJUAL yang sah harus dijangkakan.

Jika tidak, penembusan kenaikkan harga di atas tahap 1.4025 berkemungkinan akan mendorong kenaikan harga seterusnya ke arah tahap 1.4100-1.4150.

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan