Untuk mengambil pesanan membeli pasangan mata wang EURUSD, anda perlu:
Jumaat lalu, walaupun terdapat laporan yang baik mengenai pengeluaran perindustrian di zon eropah, dan kenaikan harga yang diunjurkan di AS, pembeli euro gagal mencapai tahap tinggi mingguan. Penembusan dan pengukuhan harga di atas tahap rintangan 1.1279 diperlukan untuk kesinambungan kenaikkan harga, yang akan mendorong euro untuk diniagakan lebih tinggi pada tahap 1.1311 dan 1.1338, di mana saya mencadangkan kepada para pedagang untuk mengambil keuntungan. Sekiranya berlaku penarikan semula menurun pada pasangan mataw wang EUR/USD, ekoran ketiadaan laporan statistik yang penting, pesanan membeli adalah disyorkan kepada para pedagang selepas penembusan harga palsu pada tahap sokongan 1.1242, atau sewaktu harga melantun semula dari tahap harga rendah yang lebih rendah 1.1214.
Untuk mengambil pesanan menjual pasangan mata wang EURUSD, anda perlu:
Penjual Euro perlu menunggu penembusan harga palsu pada tahap rintangan 1.1279 untuk menembusi aliran menaik, yang akan menjadi isyarat langsung kepada para pedagang untuk mengambil pesanan menjual. Ini akan membawa kepada penurunan semula dan ujian harga pada tahap sokongan 1.1242. Walau bagaimanapun, hanya penembusan harga pada julat harga akan memberikan tekanan yang diperlukan oleh pasangan mata wang EUR/USD dan kembali ke tahap rendah 1.1214 dan 1.1182, di mana saya mencadangkan kepada para pedagang untuk mengambil keuntungan. Untuk senario kenaikkan harga di atas tahap 1.1279, mengikut trend, anda boleh menjual euro semasa lantunan semula harga dari tahap tinggi 1.1311 dan 1.1338.
Isyarat Indikator:
Moving averages
Pasangan mata wang EUR/USD diniagakan di atas Moving Averages (MA) 30 dan 50, tetapi momentum menaik secara beransur-ansur kehilangan kekuatannya.
Bollinger band
Sekiranya euro jatuh, sokongan akan diberikan oleh had lebih rendah penunjuk pada tahap 1.1242. Penembusan harga pada sempadan lebih tinggi pada tahap 1.1285 akan membolehkan kita mengira gelombang pertumbuhan baru.
Huraian Indikator:
- MA (moving average) 50 days - Kuning
- MA (moving average) 30 days - Hijau
- MACD: fast EMA 12, slow EMA 26, SMA 9
- Bollinger Bands 20