logo

FX.co ★ GBP/USD: Pelan Perdagangan Sesi Eropah untuk 5 Julai. Pound sedang menunggu berita mengenai data pasaran buruh Brexit dan AS

GBP/USD: Pelan Perdagangan Sesi Eropah untuk 5 Julai. Pound sedang menunggu berita mengenai data pasaran buruh Brexit dan AS

Untuk mengambil pesanan membeli pasangan mata wang GBP/USD, anda perlu:

Pembeli Pound akan bergantung pada penembusan harga palsu pada tahap sokongan 1.2555, yang akan menjadi isyarat pertama kepada para pedagang untuk mengambil pesanan membeli. Walau bagaimanapun, tugas utama pasangan mata wang GBP/USD adalah untuk kembali berdagang ke tahap rintangan 1.2596, yang akan membawa kepada pembetulan menaik yang lebih besar pada tahap 1.2639, di mana saya mencadangkan kepada para pedagang untuk mengambil keuntungan pada separuh pertama hari ini. Sekiranya senario penurunan dilihat berlaku di bawah tahap sokongan 1.2555, maka adalah lebih baik untuk mengambil pesanan membeli semasa lantunan semula harga dari tahap rendah 1.2513.

Untuk mengambil pesanan menjual pasangan mata wang GBP/USD, anda perlu:

Aliran penurunan harga memerlukan penembusan pada tahap sokongan 1.2555, yang akan meningkatkan tekanan pada pasangan mata wang ini dan akan membawa kepada kemaskini tahap terendah 1.2513 dan 1.2483, di mana saya mencadangkan kepada para pedagang untuk mengambil keuntungan. Kegagalan harga untuk mengukuh di atas tahap rintangan 1.2596 juga akan menjadi isyarat yang baik untuk pedagang mengambil pesanan menjual. Untuk senario kenaikkan harga di atas julat ini, anda boleh mengambil pesanan menjual semasa lantunan semula harga dari tahap tinggi 1.2639.

Isyarat Indikator:

Moving averages

Pasangan mata wang GBP/USD ini diniagakan pada wilayah Moving Averages (MA) 30 dan 50, yang menunjukkan sifat mendatar pasaran.

Bollinger band

Volatiliti pasaran adalah rendah, yang tidak memberikan sebarang isyarat untuk kemasukan pasaran.

GBP/USD: Pelan Perdagangan Sesi Eropah untuk 5 Julai. Pound sedang menunggu berita mengenai data pasaran buruh Brexit dan AS

Huraian Indikator:

  • MA (moving average) 50 days - Kuning
  • MA (moving average) 30 days - Hijau
  • MACD: fast EMA 12, slow EMA 26, SMA 9
  • Bollinger Bands 20
*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan