logo

FX.co ★ GBP/USD: Pelan Perdagangan Sesi Eropah untuk 3 Julai, 2019. Pound berkemungkinan besar akan meneruskan penurunan selepas sektor perkhidmatan mencatatkan bacaan lemah

GBP/USD: Pelan Perdagangan Sesi Eropah untuk 3 Julai, 2019. Pound berkemungkinan besar akan meneruskan penurunan selepas sektor perkhidmatan mencatatkan bacaan lemah

Untuk mengambil pesanan membeli pasangan mata wang GBP/USD, anda perlu:

Pembeli Pound akan bergantung kepada pertumbuhan Indeks Pengurus Pembelian (PMI) sektor perkhidmatan, yang akan membantu harga membuat penembusan harga palsu pada tahap sokongan 1.2582 dan ini akan menjadi isyarat pertama untuk mengambil pesanan membeli. Walau bagaimanapun, tugas utama adalah untuk kembali berdagang ke tahap rintangan 1.2612, yang akan mendorong kepada pembetulan menaik yang lebih besar pada tahap 1.2642, di mana saya mencadangkan kepada para pedagang untuk mengambil keuntungan pada separuh pertama hari ini. Untuk senario penurunan harga di bawah tahap sokongan 1.2582, adalah lebih baik mengambil pesanan membeli semasa lantunan semula harga dari tahap rendah 1.2544.

Untuk mengambil pesanan menjual pasangan mata wang GBP/USD, anda perlu:

Laporan lemah mengenai industri perkhidmatan mungkin akan menyebabkan penurunan pound. Penembusan harga pada tahap sokongan 1.2582 akan meningkatkan tekanan pada pasangan mata wang ini dan akan membawa kepada kemas kini tahap rendah 1.2544 dan 1.2513, di mana saya mencadangkan kepada para pedagang untuk mengambil keuntungan. Kegagalan harga untuk mengukuh di atas tahap rintangan 1.2612 juga akan menjadi isyarat yang baik kepada para pedagang untuk mengambil pesanan menjual. Untuk aliran menaik di atas julat harga ini, para pedagang disyorkan untuk mengambil pesanan menjual semasa lantunan semula harga dari tahap tinggi 1.2642.

Isyarat Indikator:

Moving averages

Pasangan mata wang ini diniagakan di bawah Moving Averages (MA) 30 dan 50, yang menunjukkan pembetulan menurun pada pasangan mata wang GBP/USD.

Bollinger band

Pembetulan menaik akan dihadkan ke sempadan lebih tinggi pada saluran 1.2635, manakala penembusan harga di sempadan lebih rendah pada tahap 1.2575 akan mengukuhkan momentum penurunan harga.

GBP/USD: Pelan Perdagangan Sesi Eropah untuk 3 Julai, 2019. Pound berkemungkinan besar akan meneruskan penurunan selepas sektor perkhidmatan mencatatkan bacaan lemah

Huraian Indikator:

  • MA (moving average) 50 days - kuning
  • MA (moving average) 30 days - hijau
  • MACD: fast EMA 12, slow EMA 26, SMA 9
  • Bollinger Bands 20
*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan