logo

FX.co ★ Isyarat Dagangan Pasangan Mata Wang GBP/USD untuk 26 - 27 Julai, 2021: Rintangan kuat pada tahap 1.3867

Isyarat Dagangan Pasangan Mata Wang GBP/USD untuk 26 - 27 Julai, 2021: Rintangan kuat pada tahap 1.3867

Isyarat Dagangan Pasangan Mata Wang GBP/USD untuk 26 - 27 Julai, 2021: Rintangan kuat pada tahap 1.3867

Pasangan mata wang GBP/USD diniagakan di bawah SMA 21 dan di bawah saluran aliran menurun. Tekanan penurunan harga masih berlaku. Selagi harga berada di bawah EMA 200, berkemungkinan besar akan terdapat pembetulan jangka pendek ke arah zon sokongan simple moving average 21 hari.

Pound Britain dilihat sedang menghampiri zon rintangan kuat yang terletak pada 1.3867. Rintangan tiga berkumpul pada tahap ini (sila lihat carta). Oleh itu, kemungkinan percubaan yang gagal untuk menembusi tahap ini akan menjadi peluang kemasukan pesanan menjual yang baik.

Indeks dolar (USDX) mengukuh di bawah rintangan 7/8 murray. Oleh kerana kelemahan dan pembetulan dolar AS ini, pasangan mata wang GBP/USD telah memanfaatkan kesempatan ini untuk membuat lantunan semula dari penurunan yang kami lihat ketika ia diniagakan pada tahap rendah 1.3570.

Merujuk kepada carta di atas, kita dapat melihat corak teknikal yang disebut 'bullish pennant'. Sasarannya adalah 150 pips, oleh itu corak ini juga dapat memberi isyarat bahawa pound berpotensi untuk terus naik sehingga mencapai zon 1.3867.

Pada Rabu, Federal Reserve akan mengumumkan hasil mesyuaratnya mengenai keputusan dasarnya. Selain itu, AS akan menerbitkan anggaran awal Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) untuk suku kedua tahun ini. Pelabur akan menunggu data ini membuat keputusan jangka pendek dan ini dapat menentukan arah pergerakan bagi pasangan mata wang GBP/USD.

Sebaliknya, jika pound Britain membuat pembetulan dari tahap harga semasa. Kita seharusnya mengharapkan lonjakan teknikal di zon sokongan di sekitar SMA 21 pada tahap 1.3762. Tahap ini dapat memberikan momentum kenaikkan harga untuk menantang zon rintangan 1.3867.

Kami mengesyorkan kepada para pedagang untuk membuka pesanan menjual di bawah EMA 200 dan di bawah Murray 3/8 dengan sasaran terletak pada tahap 1.3762, kawasan SMA 21 hari. Pada tahap ini, kita boleh membuka pesanan membeli GBP/USD sekali lagi. Indikator Eagle menunjukkan isyarat kenaikan harga.

Tahap Sokongan dan Rintangan untuk 27 - 28 Julai 2021

Rintangan (3) 1.3916

Rintangan (2) 1.3888

Rintangan (1) 1.3849

----------------------------

Sokongan (1) 1.3790

Sokongan (2) 1.3753

Sokongan (3) 1.3701

***********************************************************

Tips Dagangan Pasangan Mata Wang GBP/USD untuk 26 - 27 Julai, 2021

Buka pesanan menjual di bawah jika berlaku penarikan semula harga pada tahap 1.3867 (EMA 200), dengan menetapkan pesanan Take Profit pada tahap 1.3800 dan 1.3762 (SMA 21), sementara Stop Loss di atas 1.3905.

Buka pesanan membeli jika harga melantun semula di sekitar SMA 21 (1.3762), dengan menetapkan pesanan Take Profit pada tahap 1.3810 dan 1.3867 (EMA 200), sementara Stop Loss di bawah 1.3725.

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan