Untuk mengambil pesanan membeli pasangan mata wang EURUSD, anda perlu:
Laporan semalam mengenai keyakinan pengguna di Amerika Syarikat telah menyebabkan gelombang baru penurunan untuk pasangan mata wang EUR/USD. Pada masa ini, momentum menaik akan bergantung pada tahap 1.1170, dagangan semula yang akan meningkatkan permintaan untuk euro, yang akan membawa kepada kemaskini tahap maksimum 1.1196 dan 1.1218, di mana saya mencadangkan kepada para pedagang untuk menetapkan pesanan Take Profit (TP). Sekiranya euro meneruskan dagangan menurun ekoran laporan ekonomi Perancis dan Jerman yang melemah, di mana mereka akan memberi tumpuan pada separuh pertama hari ini, sokongan akan diberikan oleh kawasan 1.1143, di mana anda boleh mengambil pesanan membeli segera sewaktu lantunan semula harga.
Untuk mengambil pesanan menjual pasangan mata wang EURUSD, anda perlu:
Penembusan harga palsu dan dagangan semula di bawah tahap rintangan 1.1170 akan menjadi isyarat untuk mengambil pesanan menjual euro, dan tugas utama untuk separuh masa pertama adalah menguji tahap sokongan utama 1.1143, yang akan meningkatkan tekanan pada pasangan mata wang ini dan akan membawa kepada kemaskini tahap minimum bulanan pada 1.1112, di mana saya mencadangkan kepada para pedagang untuk menetapkan pesanan Take Profit (TP). Untuk senario laporan ekonomi yang positif, adalah lebih baik untuk kembali ke pesanan menjual pasangan mata wang EUR/USD selepas harga mengemas kini tahap maksimum 1.1196 atau untuk melantun dari tahap yang lebih tinggi pada 1.1218.
Isyarat Indikator:
Moving Averages
Pasangan mata wang ini diniagakan di bawah Moving Averages (MA) 30 dan 50, yang menunjukkan penurunan selanjutnya untuk pasangan mata wang EUR/USD dalam dagangan jangka pendek.
Bollinger Bands
Sekiranya mata wang euro menyaksikan kenaikkan pada separuh pertama hari ini, aliran menaik mungkin dihadkan oleh had lebih tinggi indikator sekitar tahap 1.1190.
Huraian Indikator:
- MA (moving average) 50 days – Kuning
- MA (moving average) 30 days – Hijau
- MACD: fast EMA 12, slow EMA 26, SMA 9
- Bollinger Bands 20