logo

FX.co ★ Analisis Teknikal Pasangan Mata Wang GBP/USD pada 24 Jun, 2021

Analisis Teknikal Pasangan Mata Wang GBP/USD pada 24 Jun, 2021

Gambaran Teknikal Pasaran:

Pasangan mata wang GBP/USD telah mencapai tahap 1.4000 dan hanya penembusan harga yang berterusan di atas tahap ini akan berubah menjadi prospek jangka pendek untuk GBP beralih kepada aliran menaik. Sekiranya kenaikan harga ditutup pada tahap ini, maka pasaran cenderung untuk meneruskan gelombang penurunan menuju ke arah tahap rendah dari 18 Julai yang terletak pada 1.3785. Harap maklum, momentumnya kini positif, tetapi belum begitu kuat dan keadaan pasaran kini sudah terlebih belian (overbought) menjelang keputusan kadar faedah Bank of England yang dijadualkan akan dikeluarkan pada jam 1 petang hari ini.

Pivot Points (PP) Mingguan:

WR3 - 1.4313

WR2 - 1.4216

WR1 - 1.3972

Pivot Mingguan - 1.3876

WS1 - 1.3630

WS2 - 1.3538

WS3 - 1.3276

Cadangan Perdagangan:

Carta mingguan masih menunjukkan, bahawa trend kenaikan harga masih utuh. Hanya penembusan harga pada tahap 1.3518 yang berterusan akan mencetuskan pergerakan menurun yang lebih besar daripada penarikan semula biasa. Apabila kitaran pembetulan ditamatkan, trend menaik mungkin dilanjutkan menuju ke sasaran jangka panjang seterusnya yang terletak pada tahap 1.4222 (tahap tinggi 24.02.2021).

Analisis Teknikal Pasangan Mata Wang GBP/USD pada 24 Jun, 2021

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan