logo

FX.co ★ Analisis Elliott wave Minyak Mentah untuk 24 Jun, 2021

Analisis Elliott wave Minyak Mentah untuk 24 Jun, 2021

Analisis Elliott wave Minyak Mentah untuk 24 Jun, 2021

Minyak mentah telah meningkat dengan baik dan kini menghadapi rintangan kuat pada tahap 76.90. Kami mungkin melihat penembusan harga sementara di atas tahap rintangan ini, tetapi ia hanya bersifat sementara dan memaksa pembetulan harga sekurang-kurangnya ke arah tahap 57.63 dalam pembetulan menurun dan mungkin bahkan sehingga ke tahap 43.60.

Rali dari tahap 57.63 menuju ke rintangan utama 76.90 telah diikuti oleh RSI yang menyimpang - Tidak mengesahkan kenaikan harga baru yang menunjukkan kehilangan momentum menaik dan puncak paling hampir. Penembusan jangka pendek di bawah tahap sokongan 72.05 akan menunjukkan bahawa puncak telah berada di tempatnya dan pembetulan ke arah 57.63 sedang membangun.

Cadangan perdagangan:

Adalah disyorkan kepada para pedagang untuk membuka pesanan menjual minyak berhampiran tahap 76.90 atau pada penembusan harga di bawah 72.05 untuk penurunan kepada sekurang-kurangnya ke tahap 57.63.

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan