logo

FX.co ★ Isyarat dagangan pasangan mata wang EUR/USD untuk 24 - 25 Jun 2021: Buka pesanan membeli di atas tahap 1.1890

Isyarat dagangan pasangan mata wang EUR/USD untuk 24 - 25 Jun 2021: Buka pesanan membeli di atas tahap 1.1890

Isyarat dagangan pasangan mata wang EUR/USD untuk 24 - 25 Jun 2021: Buka pesanan membeli di atas tahap 1.1890

Semalam, pasangan mata wang EUR/USD ini telah mencapai tahap puncak 1.1969. Hanya pada tahap ini rintangan kuat terletak di zon 4/8 murray (1.1962). Pada masa ini, pasangan mata wang ini diniagakan dalam carta 4 Jam pada tahap 1.1923, di atas SMA 21 dan di atas 3/8 murray. Kemungkinan pembetulan harga ke tahap 1.1901 dan 1.1980 dijangkakan akan berlaku.

Euro secara teknikalnya membuat penyatuan. Kami percaya bahawa jika pasangan mata wang ini kekal di atas SMA 21, pergerakan menaik ke tahap 1.1962 dan 1.20 mungkin berlaku dalam jangka pendek.

Laporan sentimen pasaran untuk hari Khamis menunjukkan bahawa terdapat 55.47% pengendali yang membeli pasangan mata wang EUR/USD. Ini adalah petanda bahawa mungkin akan ada pergerakan harga ke arah zon 1.1840 dalam jangka pendek.

Menurut sentimen pasaran, anda boleh mengambil peluang untuk membuka pesanan menjual setiap kali euro menghampiri tahap rintangan seperti zon murray 1,1962 4/8 atau tahap psikologi 1.20. Tahap ini mewakili peluang penjualan yang baik.

Sebaliknya, lonjakan teknikal dari zon sokongan SMA 21 atau pada tahap 1.1890 akan menjadi peluang yang baik untuk membuka pesanan membeli, memandangkan Anjakan Semula Fibonacci 61.8% juga terletak pada tahap yang sama.

Bacaan teknikal pada indikator eagle menunjukkan kecenderungan pasaran yang sedikit menurun. Kemungkinan akan berlaku pembetulan dalam aliran menaik. Lantunan harga dari zon sokongan di atas 1.1880 hingga 1.1901 akan menjadi peluang yang baik untuk kemasukan pesanan membeli.

Kami mengesyorkan kepada para pedagang untuk membuka pesanan membeli di atas SMA 21 atau 1.1890, dengan sasaran jangka pendek pada tahap 1.1962 dan 1.20. Sekiranya pengukuhan harga berlaku di bawah 1.1880, kita harus mengelakkan pembelian.

Tahap Sokongan dan Rintangan untuk 24 - 25 Jun 2021

Rintangan (3) 1.1992

Rintangan (2) 1.1956

Rintangan (1) 1.1948

----------------------------

Sokongan (1) 1.1898

Sokongan(2) 1.1875

Sokongan (3) 1.1839

***********************************************************

Tips dagangan pasangan mata wang EUR/USD untuk 24 - 25 Jun 2021

Adalah disyorkan kepada para pedagang untuk membuka pesanan membeli di atas tahap 1.1910, (SMA 21), dengan menetapkan pesanan Take Profit pada tahap 1.1962 (4/8), sementara pesanan Stop Loss di bawah tahap 1.1875.

Buka pesanan membeli sekiranya harga melantun semula pada tahap 1.1890 (3/8), dengan menetapkan pesanan Take Profit pada tahap 1.1962 dan 1.2000, sementara pesanan Stop Loss di bawah tahap 1.1855.

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan