logo

FX.co ★ Idea Dagangan Bitcoin pada 16 Jun, 2021

Idea Dagangan Bitcoin pada 16 Jun, 2021

Idea Dagangan Bitcoin pada 16 Jun, 2021

Gambaran teknikal:

Bitcoin telah mengukuh ke paras $41000 sehingga semalam sebelum ia kembali turun semula. Kripto tetap terdedah kepada penurunan harga yang selanjutnya sekurang-kurangnya ke tahap $35,000 sebelum kembali menaik. Selanjutnya, potensi masih ada untuk terus menolak harga lebih rendah di bawah paras $30,000 dan ke arah $28,500 sebelum ia kembali mengukuh.

Bitcoin diramalkan akan diniagakan sekitar paras $40,000 sewaktu analisis ini ditulis dan dijangka akan menyusut lebih rendah sekurang-kurangnya ke paras $34,000/35,000 sebelum ia meneruskan kenaikannya. Sebaliknya, kenaikan harga di atas paras $43,000 dari sini akan mengesahkan bahawa kenaikan harga adalah kuat dan trend pasaran telah berubah. Adalah lebih baik untuk membuka pesanan membeli kripto pada penurunan harga selepas itu.

Bitcoin menghadapi rintangan segera sekitar paras $42,600 sementara sokongan dilihat pada paras $28,800 masing-masing. Sekiranya pengukuhan segitiga kenaikkan harga masih berlangsung, para pedagang dinasihatkan agar lebih berhati-hati untuk penurunan harga dari sini ke paras $34,000 dan kemudian naik lebih tinggi.

Pelan dagangan:

Dagangan agresif: Buka pesanan menjual sekarang, dengan menetapkan pesanan Stop Loss @ 43,000, dan sasaran pada tahap 34,000

Dagangan konservatif: Kekal mendatar, buka pesanan lebih rendah @ 34,000, dengan menetapkan pesanan Stop Loss @ 25,000, dan sasaran pada tahap @ 65,000.

Semoga berjaya!

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan